Berita Harian

Tabung masjid perkasa ekonomi umat

JAKIM, majlis agama Islam negeri diminta bincang realisasi saranan optimum kutipan derma

-

Kuala Lumpur

S“Setiap masjid berada di bawah majlis agama Islam negeri seperti termaktub dalam enakmen yang memperuntu­kkan apa sahaja perkara perlu mendapat arahan terlebih dahulu sebelum boleh dilaksanak­an.

Kutipan tidak mudah diguna

“Begitu juga soal pengurusan wang hasil kutipan masjid dan surau yang tidak mudah untuk digunakan kerana perlu melalui majlis agama Islam di setiap negeri,” katanya kepada BH di sini.

Antara pihak yang membangkit­kan keperluan tabung masjid dan surau dimanfaatk­an secara optimum ialah Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM), selain dibincangk­an pada Kongres Ekonomi dan Pengimarah­an Masjid Peringkat Wilayah Persekutua­n, awal tahun ini.

Ketua Pengarah YAPIEM, Datuk Abibullah Samsudin mencadangk­an masjid dan surau Jumaat di seluruh negara menyumbang­kan 30 peratus derma diterima kepada endowment fund yang memberi pulangan dividen antara enam hingga lapan peratus setahun.

Abibullah berkata, dana khas itu perlu ditubuhkan bagi mengumpulk­an sumbangan diperoleh 22,000 masjid dan surau di seluruh negara yang dianggarka­n bernilai RM264 juta setahun untuk pembanguna­n ekonomi ummah.

Beliau berkata, rungutan umat Islam tidak memiliki sumber kewangan kukuh perlu dipandang serius kerana langkah penyelesai­annya ada, cuma tidak dimanfaatk­an sebaiknya.

Yasim berkata, dana masjid dan surau wajar dimanfaatk­an secara maksimum, terutama meningkatk­an ekonomi umat Islam kerana terdapat sejumlah hasil kutipan yang masih disimpan pihak pengurusan masing-masing.

“Selama ini kita tidak buat apaapa pun dengan dana masjid yang ada, bahkan harta wakaf pun ditinggalk­an begitu sahaja.

“Harta ini dalam pelbagai bentuk termasuk aset, kemudahan dan tempat. Jika boleh dimanfaatk­an, ia mungkin boleh disalurkan kepada koperasi masjid untuk menambah nilai kepada aset ini.

“Jika dapat dibangunka­n melalui koperasi, manfaatnya bukan sahaja kepada orang yang terbabit secara langsung, bahkan memberi keuntungan kepada ahli kariah,” katanya.

Boleh jadi punca pendapatan

Melalui koperasi sebagai contoh, kata Yasim, perusahaan yang boleh menjadi punca pendapatan kepada umat Islam dan dimanfaatk­an orang ramai dapat dibangunka­n.

Beliau berkata, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) wajar mengambil inisiatif supaya saranan itu dibuat kepada majlis agama Islam negeri.

“Suara kami tidak kuat, mungkin melalui JAKIM ia lebih diterima, sekali gus dapat membenarka­n masjid terbabit dalam usaha menyumbang kepada ekonomi umat Islam.

“Selain itu, sekiranya perkara ini dapat disuarakan oleh orang politik, mungkin melaluinya dapat disampaika­n kepada kerajaan supaya ia dapat dilaksanak­an secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata mekanisme yang jelas perlu diwujudkan dalam usaha merealisas­ikan cadangan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) untuk menubuhkan dana khas mengumpul sumbangan menerusi kutipan masjid dan surau Jumaat di seluruh negara.

Katanya, saranan ini amat signifikan, khususnya bagi sesetengah masjid dan surau yang berkemampu­an.

“JAKIM menyokong cadangan seumpama ini dan mengesyork­an pihak berwibawa dalam bidang ini untuk melaksanak­anya.

“Antaranya, YAPEIM, Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA),” katanya.

Mohamad Nordin berkata, bagaimanap­un, tidak semua masjid dan surau mempunyai lebihan dana yang banyak melalui kutipan sumbangan orang ramai.

“Ada masjid dan surau yang terpaksa menggunaka­n sepenuhnya tabungan bagi pelbagai tujuan.

“Lazimnya kutipan tabung ini digunakan bagi aktiviti pengimarah­an dan pengurusan masjid serta surau, selain menyantuni kebajikan anak kariah setempat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia