Berita Harian

Kesederhan­aan al-azhar berjaya hadapi ekstremism­e

-

Petaling Jaya: Konsep al-wasatiyyah atau kesederhan­aan yang didukung Universiti Al-azhar asysyarif, Mesir terbukti berjaya mendepani cabaran pemikiran ekstremism­e dan keganasan yang meruntuhka­n negara serta merugikan umat Islam.

Presiden Rabitah Antarabang­sa Alumni Al-azhar Malaysia (WOAG), Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, berkata konsep itu selari dengan seruan al-quran untuk melahirkan masyarakat terbuka dan bertoleran­si antara satu sama lain, khususnya di negara ini yang memiliki masyarakat majmuk.

Beliau berkata, al-azhar sentiasa meraikan kepelbagai­an sebagai satu sunatullah selaras dengan tuntutan Islam demi memenuhi aspirasi keamanan masyarakat dan kedamaian global.

Terjemah kenyataan ke bahasa Melayu

“Al-wasatiyyah juga menyeru ke arah kesederhan­aan dan berlapang dada yang kami sekarang berusaha mengukuhka­n pelaksanaa­nnya di negara ini melalui ceramah, artikel dan terjemahan kenyataan Sheikh al-azhar ke bahasa Melayu yang disiarkan dalam laman web WOAG,” katanya pada Majlis Iftar WOAG, ibu pejabatnya di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Duta Mesir ke Malaysia, Ahmed Fawzi Elsherif; Konsular Pertama Kedutaan Palestin di Malaysia, Sufyan Al-khalidi dan Timbalan Atache Agama Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdulrahma­n Ibrahim al-robian.

Mohd Fakhrudin berkata, penganjura­n majlis iftar itu sempena ulang tahun ke-1079 Hijrah penubuhan Universiti al-azhar asy-syarif apabila solat Jumaat pertama diadakan di al-jami’ al-azhar pada 7 Ramadan 361 Hijrah.

“Tarikh itu dipilih Sheikh al-azhar, al-imam al-akbar Prof Dr Ahmed al-tayyeb sebagai Hari al-azhar asy-syarif selari dengan usia universiti Islam terulung dunia itu yang sudah lebih 10 abad mendidik penuntut dari seluruh pelosok dunia dengan jayanya,” katanya.

Ketika ditanya perancanga­n WOAG dalam masa terdekat ini, beliau berkata, WOAG sedang berusaha mendekati sekolah agama untuk membimbing pelajar dalam bahasa Arab dan bersetuju untuk memilih beberapa sekolah sebagai sekolah angkat WOAG.

Majlis iftar anjuran WOAG dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 ??  ?? Mohd Fakhrudin Abdul Mukti
Mohd Fakhrudin Abdul Mukti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia