Berita Harian

Melayu bukan kriteria wajib jadi Sasterawan Negara

-

Georgetown: Faktor usia dan kaum tidak menjadi syarat kepada pencalonan Sasterawan Negara (SN), sebaliknya penyandang perlu berkredibi­liti dan mempunyai merit.

Sasterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said, berkata syarat mendapat gelaran SN seperti yang diperolehn­ya, bukan hanya berasaskan masyarakat Melayu sematamata.

A Samad berkata, sesiapa sahaja boleh menjadi calon SN sekiranya individu itu mempunyai kredibilit­i dan merit ditetapkan dalam kerja serta khidmatnya dalam memartabat­kan bahasa Melayu hingga memberi kesan mendalam kepada masyarakat.

Katanya, umur dan kaum tidak sepatutnya menjadi syarat kepada pencalonan itu kerana khidmat dan bakti SN kepada rakyat adalah lebih penting.

Dekati masyarakat

“SN bukan sahaja hanya tahu menulis, bahkan perlu turun mendekati masyarakat di samping berkelakua­n baik.

“Penyandang juga mampu memupuk penulis baharu dan memperkena­lkan buku yang lebih mencetuska­n impak kepada masyarakat dan pelajar hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi SN Ke-14 adalah kalangan penulis bukan Melayu. Difahamkan, terdapat lima calon disenarai pendek dalam Anugerah Sasterawan Negara (ASN).

Terdahulu, A Samad hadir pada Program Tinta Dari Minda ke Tinta Ilmu: Menghargai Sasterawan Negara sempena Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvesyen Spice Arena, di sini, semalam.

A Samad yang dinobatkan sebagai SN pada 1986 menyedari pencalonan ASN dalam memilih SN terbaru terdiri adalah dalam kalangan Melayu dan bukan Melayu.

Kali terakhir SN dinobatkan adalah pada 13 Oktober 2015, yang menyaksika­n penulis kelahiran Kedah, Datuk Dr Zurinah Hassan diumumkan sebagai penerima ke-13.

Beliau berkata, tidak kira apa juga kaum sekalipun, jika penulis memenuhi kriteria dan berkualiti, maka mereka perlu diiktiraf.

“Ini bukan soal kaum menjadi keutamaan, sebaliknya adalah khidmat penulis tidak kira Melayu, India, Cina mahupun Kadazan yang saya yakin masyarakat dapat menilai sendiri,” katanya.

 ?? [FOTORAMDZA­NMASIAM/BH] ?? A Samad pada Program Dari Minda ke Tinta Ilmu: Menghargai Sasterawan Negara sempena Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, semalam.
[FOTORAMDZA­NMASIAM/BH] A Samad pada Program Dari Minda ke Tinta Ilmu: Menghargai Sasterawan Negara sempena Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia