Berita Harian

Identiti agama Mykad bukan punca perpecahan kaum

-

Pada 28 April lalu, portal akhbar pihak BH ada mengeluark­an artikel bertajuk ‘Status Agama dalam kad pengenalan kekal - Muhyiddin’.

Artikel ini melaporkan status agama dalam kad pengenalan yang dipersoal oleh Senator Nga Hock Cheh pada sidang Dewan Negara yang lalu.

Saya berbangsa Melayu dan beragama Islam berpendapa­t hal ini tidak sepatutnya dibangkitk­an sebagai punca perpecahan perpaduan.

Mana mungkin isu agama dan kaum dipandang remeh, sedangkan kedua-dua perkara ini adalah paksi kepada setiap insan di muka bumi.

Sekolah jenis kebangsaan punca utama

Agama perlu dinyatakan dalam kad pengenalan kerana identiti diri adalah antara maklumat yang perlu diketahui secara jelas untuk menjalanka­n sebarang urusan.

Alasan identiti agama dalam kad pengenalan sebagai perpecahan kaum adalah ampuh sekali, kerana punca utama perpecahan kaum adalah wujudnya sekolah jenis kebangsaan untuk anak kecil.

Sedari sekolah rendah mereka terpisah kepada tiga jenis sekolah untuk menimba ilmu, maka wujudnya jurang bahasa dan adat sejak kecil.

Kenapa sekolah yang terbahagi kepada kaum ini tidak dijadikan alasan perpecahan kaum? Perbahasan yang menyentuh soal agama dan bangsa sejak dahulu lagi, menjadi ‘tabu’ yang menyemarak­kan kemarahan sesetengah kaum.

Isu tak pernah dibangkitk­an

Sejak awal kad pengenalan diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia, soal perpecahan kaum kerana adanya identiti agama tidak pernah dibangkitk­an dan menjadi isu.

Bagaimana pihak berwajib hendak melaksanak­an undang-undang syariah, keluarga Islam dan sebagainya jika agama tidak dicatatkan secara jelas dan nyata pada kad pengenalan.

Diharap agar semua rakyat Malaysia dapat turut cakna bahawa identiti agama dalam kad pengenalan tidak sama sekali membawa kepada perpecahan kaum.

Nur Fadilah Hamzah,

Pelajar Kewartawan­an

Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media UITM Shah Alam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia