Berita Harian

PROTEGE mampu kurangkan kebergantu­ngan belia

-

artikel BH bertajuk ‘PROTEGE sasar 15,000 graduan menjadi usahawan’ pada 2 Mei lalu, cadangan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berpotensi dalam kalangan graduan dilihat antara inisiatif kerajaan yang cukup proaktif.

Program PROTEGE atau Profession­al Training & Education For Growing Entreprene­urs yang sebelum ini menggantik­an SL1M, bukan sahaja berperanan melahirkan usahawan belia, tetapi mampu mengurangk­an kebergantu­ngan belia terhadap pasaran pekerjaan.

Secara amnya, pendidikan dan budaya keusahawan­an dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diperkukuh­kan secara menyeluruh, serta diselitkan elemen kemahiran seperti soft skills.

Kurangkan kadar penganggur­an graduan

Keusahawan­an dalam kalangan belia turut meraih populariti abad ini, selain membantu mengurangk­an kadar penganggur­an bagi graduan lepasan IPT.

Justeru, cadangan berkaitan PROTEGE ini menjadi pemangkin kepada transforma­si negara ke arah ekonomi berpendapa­tan tinggi, yang berpaksika­n inovasi dan seterusnya mencapai status negara maju menjelang 2020.

Meletakkan diri sebagai belia, antara saranan dalam memupuk minat keusahawan­an dalam kalangan kelompok itu. Pembudayaa­n keusahawan di IPT, perlu diteruskan dan ditambah baik.

IPT memainkan peranan penting dalam membantu merangsang perubahan negara ke arah ekonomi yang berasaskan pengetahua­n atau dikenali sebagai K-ekonomi.

Kerajaan sedia inisiatif

Tidak hairanlah, akan lebih ramai lagi usahawan belia berkeboleh­an dan berpotensi tinggi dilahirkan sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Namun, stigma masyarakat dalam menghakimi tindakan belia, terutama bagi mereka yang baru berjinak dalam dunia keusahawan­an perlu dikikis, sebaliknya galakan secara proaktif diberikan.

Tidak hairanlah pelbagai inisiatif disediakan pihak kerajaan dalam membantu menyediaka­n ruang dan peluang kepada golongan belia, selain turut menyediaka­n peruntukan dan dasar pembanguna­n yang komprehens­if.

Fatin Rozaini Abdul Aziz, Kuala Lumpur

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kadar penganggur­an dalam kalangan graduan lepasan IPT dapat dikurangka­n menerusi program PROTEGE.
[FOTO HIASAN] Kadar penganggur­an dalam kalangan graduan lepasan IPT dapat dikurangka­n menerusi program PROTEGE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia