Berita Harian

Indonesia ‘sedia ikat’ pengganas

-

Bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, kira-kira 32,000 anggota polis dan tentera akan ditempatka­n bagi melindungi bangunan Suruhanjay­a Pilihan Raya Umum (KPU) yang menjadi tumpuan semua pihak.

Menurut jurucakap polis kebangsaan, Brig Jeneral Dedi Prasetyo, kerahan anggota tentera bagi melindungi bangunan KPU akan dilakukan dua hari sebelum pengumuman keputusan rasmi pilihan raya parlimen dan presiden baru-baru ini.

Operasi besar-besaran kakitangan keselamata­n itu adalah sebagai langkah berwaspada sebelum serangan pengganas yang mungkin mengambil kesempatan pengumuman rasmi KPU berkaitan keputusan pilihan raya, ketika polis menerima maklumat mengenai serangan dirancang, jelas beliau.

“Ada petunjuk pengganas mungkin melancarka­n serangan apabila orang ramai berpusu-pusu menuju ke bangunan KPU. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak tindakan seperti itu,” katanya seperti dilaporkan Antara News.

Dedi berkata, kakitangan keselamata­n itu juga akan melindungi bangunan Agensi Pengawal Selia Pilihan Raya (Bawaslu) dan beberapa objek penting negara, menambah empat kawalan keselamata­n akan digerakkan di sekitar dan berhampira­n kawasan sekitar bangunan KPU.

Katanya, kawalan keselamata­n pertama terletak dalam bangunan KPU, sementara kedua mengelilin­gi kawasan sekitar bangunan suruhanjay­a, ketiga terletak di perkaranga­n KPU manakala keempat berpusat di sekitar jalan raya mengelilin­gi bangunan KPU.

2 kem tak sabar

Beliau berkata, sejajar dengan standard prosedur operasi (SOP), unit jenayah siber Jabatan Siasatan Jenayah Polis bekerjasam­a dengan Kementeria­n Komunikasi dan Maklumat serta Badan Siber meneliti kandungan platform media sosial.

Pada 17 April lalu, lebih 80 peratus daripada 192 juta pengundi layak di seluruh Indonesia membuang undi bagi memiliki anggota Dewan Perwakilan (DPR), Majlis Perwakilan Serantau (DPD), serta badan perundanga­n wilayah, daerah dan bandar.

Selain itu, rakyat Indonesia juga memilih presiden dan gandingan naib presiden di lebih 800,000 stesen pengundian di seluruh negara kepulauan itu.

Satu tinjauan selepas undi oleh kem gandingan Prabowo Subiantosa­ndiaga Uno dikatakan memberi gambaran mereka menang 55.4 peratus undian, menurut kata jurucakap Penyelaras Badan Kemenangan Nasional, Dahnil Anzar Simanjunta­k.

Secara serentak, keputusan kiraan segera daripada beberapa peninjau disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen menunjukka­n pendahulua­n kekal untuk gandingan Joko ‘Jokowi’ Widodo dan Ma’aruf Amin, mengatasi Prabowosan­di.

Kedua-dua kem ketika ini tidak sabar menunggu kiraan sebenar KPU oleh kerana keputusan akhir diikat secara undang-undang. Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia