Berita Harian

6 maut serangan di Sudan

Khartoum kembali kecoh pembantah sekat jalan, bakartayar

-

Kumpulan penunjuk perasaan di Sudan menyekat jalan dengan membakar tayar di Omdurman, di sini, semalam buat pertama kali sejak sebulan lalu yang menyaksika­n enam orang terkorban di

ibu negara itu.

Seorang pegawai tinggi tentera dan lima pembantah ditembak mati di luar ibu pejabat tentera, beberapa jam selepas pemimpin pembangkan­g dan jeneral pemerintah mencapai satu perjanjian bersejarah berhubung kuasa peralihan untuk kerajaan awam.

Perkembang­an itu dicapai ketika pejabat pendakwa raya awam berkata, Presiden Omar al-bashir yang disingkir sudah didakwa berhubung pembunuhan penunjuk perasaan ketika bantahan anti-rejim yang menjurus menamatkan pemerintah­annya, bulan lalu.

Mejar tentera terbabit terbunuh manakala tiga askar cedera bersama empat penunjuk perasaan dan orang awam apabila ‘pihak tidak dikenali’ melepaskan tembakan ke arah bantahan, kata majlis pemerintah tentera ketika kumpulan demonstras­i berkampung di luar kompleks tentera.

Jejas kesepakata­n

“Seorang penunjuk perasaan terbunuh apabila ditembak di dada ketika bantahan manakala lima lagi maut di Khartoum,” kata sebuah jawatankua­sa doktor dikaitkan pergerakan bantahan.

Badan payung bantahan, Pakatan Kebebasan dan Perubahan berkata, keganasan itu adalah untuk ‘menjejaska­n kesepakata­n rundingan,’ menyalahka­n pertumpaha­n darah itu terhadap bekas rejim.

Kata sepakat dicapai

Keganasan, semalam meletus beberapa jam selepas jeneral dan pergerakan bantahan berkata, satu kesepakata­n dicapai dalam rundingan berhubung penyerahan kuasa kepada pentadbira­n awam.

“Dalam pertemuan hari ini (kelmarin), kami bersetuju berhubung struktur pihak berkuasa dan kuasa mereka. Pihak berkuasa adalah seperti berikut, majlis raja-raja, kabinet dan badan perundanga­n,” kata jurucakap pergerakan bantahan, Taha Osman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia