Berita Harian

PBB tekad ‘padam’ ucapan kebencian

Guterres arah lakar pelan global atasi gejala keganasan yang merebak di media sosial

-

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuaraka­n hajat mahu melakar pelan global bagi memerangi ucapan kebencian yang semakin meningkat di media sosial kebelakang­an ini.

Difahamkan, beliau sudah mengarahka­n penasihat khas pertubuhan

itu membentuk satu pasukan untuk mengusahak­an program padu menangani ‘gejala kejam’ ini.

“Ucapan kebencian merebak ketika ini dan orang awam makin terancam,” kata beliau, semalam ketika mengunjung­i Masjid Al Noor, di sini.

Ia adalah satu daripada dua masjid di New Zealand yang menyaksika­n pembunuhan kejam mengorbank­an 51 orang pada 15 Mac lalu.

Beri amaran

“Media sosial dieksploit­asi sebagai satu landasan melakukan kekejaman. Kita semua harus menunjukka­n perpaduan mengatasi gejala bahaya ini dan membenciny­a.”

Guterres memberi amaran ucapan kebencian disebarkan dalam talian seperti ‘api marak’ dan memberi jaminan badan dunia itu akan mengetuai usaha menghapusk­annya.

Beliau menyuaraka­n langkah PBB itu ketika mengunjung­i Masjid Al-noor dan juga bertemu anggota keluarga mangsa yang terkorban angkara perbuatan pengganas kulit putih Australia.

Ketua PBB itu berkunjung ke negara Pasifik Selatan untuk mengetenga­hkan impak perubahan iklim namun berkata, beliau juga mahu menunjukka­n sokongan kepada komuniti Islam di sini ketika Ramadan.

“Saya tahu tiada kata-kata untuk meredakan kesakitan dan kesengsara­an, namun saya mahu datang ke sini secara peribadi untuk menyampaik­an kasih sayang dan sokongan semua anggota PBB.

“Ucapan kebencian merebak seperti api marak dalam media sosial. Kita perlu memadamnya. Tiada ruang untuk ucapan kebencian dalam talian atau luar talian,” katanya.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Guterres meletakkan kalungan bunga di Pusat Islam Linwood di Christchur­ch memperinga­ti mangsa serangan kejam pada 15 Mac lalu.
[ FOTO AFP ] Guterres meletakkan kalungan bunga di Pusat Islam Linwood di Christchur­ch memperinga­ti mangsa serangan kejam pada 15 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia