Berita Harian

Pilih sukan kurang menonjol

MOM mahu bincang bersama KBS

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur

Mia antara langkah jangka pendek wajar dipertimba­ngkan dengan pemilihan sukan itu perlu dibuat secara menyeluruh.

“Datuk Ahmad Shapawi (Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara) berpendapa­t perlu penelitian mendalam berhubung cadangan ini, namun saya pula beranggapa­n sekiranya pembanguna­n satu-satu sukan itu berlaku di peringkat akar umbi, kita perlu teruskan dengan atlet tempatan. “Tetapi bagi sukan baharu dan yang tidak mempunyai pencapaian, mungkin kita boleh mengambil atlet naturalisa­si ataupun beri taraf kerakyatan,” katanya.

Malah, beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya walaupun ia

membabitka­n polisi kerajaan, namun MOM dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) harus mengadakan perbincang­an.

Penelitian holistik

“Saya beranggapa­n bahawa kita perlu membuat penelitian secara holistik jenis sukan yang perlu. Kita juga perlu kemukakan polisi di peringkat atasan maksudnya MOM dan KBS adakan satu perbincang­an dan lihat sukan mana yang boleh merekrut atlet naturalisa­si.

“Sebagai contoh kalau kita hendak mengambil bahagian dalam acara gusti mungkin kita perlu ambil atlet asing dan tinju juga mungkin. Sukan-sukan seperti ini memang kita perlukan tenaga asing,” katanya.

Bagaimanap­un, Norza menegaskan bagi sukan seperti badminton dan hoki yang sudah mencapai tahap tertinggi di pentas antarabang­sa tidak memerlukan khidmat atlet asing.

Semalam, Shapawi mendedahka­n pihaknya belum bersedia mengeluark­an komen lanjut berhubung perkara yang membabitka­n polisi kerajaan itu sebaliknya berkata ia perlu penelitian secara mendalam.

Menerusi Laporan Khas BH Sukan sejak Jumaat lalu, kerajaan disaran mempertimb­angkan cadangan untuk memberi taraf kerakyatan kepada atlet asing yang dilihat formula terbaik untuk menamatkan kemarau pingat emas pertama kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia