Berita Harian

Bukan mustahil Malaysia lahirkan juara dunia

-

Sepang: Malaysia mampu melahirkan seorang juara dunia pada Kejuaraan Motosikal Dunia dengan syarat setiap pelumba tempatan haruslah mempunyai sikap dahagakan kemenangan dan kekal bermotivas­i tinggi.

Berdasarka­n pemerhatia­n Pengarah Pembanguna­n Pelumba dan Media Red Bull Motogp Rookies Cup, Peter Clifford, Malaysia sebenarnya mempunyai infrastruk­tur terbaik selain program yang tersusun ke arah menyertai kejuaraan dunia dan peluang ini seharusnya digunakan sebaiknya pelumba.

Namun, katanya seperti negara lain di dunia, kebanyakan pelumba hanya memikirkan ‘habuan’ jangka pendek yang membawa kepada kemasyhura­n serta kemewahan dan perkara itu seharusnya dielak sekiranya mahu menjadi jaguh dunia sebenar.

“Untuk yang bersaing dalam kejohanan tempatan, pelumba harus percaya mereka mampu melangkah lebih jauh,” kata Clifford selepas mengadakan perbincang­an dengan pihak Sirkit Antarabang­sa Sepang (SIC) dan pengurus pasukan SIC Junior ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, semalam.

“Mereka tidak seharusnya mudah berpuas hati selepas muncul pelumba paling cemerlang dalam arena perlumbaan tempatan. Masalah ini bukan berlaku di Malaysia saja tetapi di mana-mana pun sama.

Tempoh singkat

“Mereka mungkin berasa puas apabila memasuki televisyen apatah lagi apabila mampu membeli sebuah kereta.

“Kami tidak mahu pelumba hanya berfikir setakat ini saja. Kami mahu mereka mempunyai pendirian tidak akan pernah berhenti untuk berusaha selagi tidak menjadi juara dunia.”

Mengulas lanjut, Cilfford yang sudah 13 tahun berkecimpu­ng dalam kejuaraan Red Bull Rookies berkata, untuk melahirkan jaguh dunia tentunya ia memerlukan masa dan tidak akan membuahkan hasil dalam tempoh singkat.

“Kita boleh melahirkan juara dunia dari Malaysia tetapi perlu ada pelumba muda yang menyertai program ini dan memberi fokus kepadanya selain memastikan yang kita memerlukan pelumba ini untuk menjadi juara dunia, sentiasa mahukan kemenangan dan berusaha gigih.

“Selain itu perlu ada budaya kemenangan dan dengan struktur yang ada di Malaysia, barulah kita dapat melahirkan juara dunia,” katanya dengan menyatakan kejuaraan Red Bull Motogp Rookies Cup sudah melahirkan ramai juara dunia antaranya seperti Johann Zarco, Juan Mir dan Brad Binder.

 ??  ?? Peter Clifford
Peter Clifford

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia