Berita Harian

‘Messi Kedah’ makin ghairah

Hajat robek gawang Selangor selepas lakukan 4 umpanan

- Oleh Izzali Ismail

Kebangkita­n yang ditunjukka­n ‘Messi Kedah’, Farhan Roslan selepas berdepan prestasi suram musim lalu nyata membakar semangat pemain itu menjelang aksi penting bertemu Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini.

Selepas merekodkan empat hantaran gol dalam semua pertanding­an musim ini, khidmat pemain berusia 22 tahun itu sudah tentu sekali ditagih jurulatih Helang Merah, Aidil Sharin Sahak dalam usaha merobek gawang The Red Giants.

Malah, dengan rentak yang sudah diperoleh pada musim ini, Farhan kini mengintai peluang untuk meledak gol selepas sekadar menjadi ‘pembantu’ dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Jika musim lalu, saya kerap berada di bangku simpanan selepas baru pulih daripada kecederaan namun musim ini

menjadi landasan tepat untuk saya bangkit dan jika berpeluang, mungkin saya mahu cuba mencipta nama selaku penjaring pula.

Makin sengit

“Saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan kepada saya dan akan terus berusaha memberi aksi terbaik pada setiap perlawanan. Inilah masanya untuk saya terus memecut ke tahap terbaik,” katanya.

Mengulas lanjut pertembung­an menentang Selangor selepas seri 1-1 di Alor Setar, Farhan optimis prestasi semasa dan momentum yang sedang diraih pasukannya akan menjadi kelebihan dalam usaha membenam cabaran lawan yang akan beraksi di laman sendiri.

“Saya harap semua pemain dapat mengekalka­n rentak kemenangan dan terus fokus mengikuti semua perancanga­n yang dilakukan jurulatih.

“Kedah perlu mengambil kesempatan terhadap tahap konsisten yang ditunjukka­n kini dan tiga mata daripada aksi ini sangat diperlukan kerana saingan di kelompok teratas Liga Super kini semakin sengit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Farhan mengintai peluang untuk meledak gol selepas sekadar menjadi ‘pembantu’ dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Farhan mengintai peluang untuk meledak gol selepas sekadar menjadi ‘pembantu’ dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia