Berita Harian

MU lepaskan tiga pemain

-

Melaka: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) melakukan kejutan menjelang aksi Liga Super menentang FELDA United, malam ini apabila mengumumka­n dalam perbincang­an akhir untuk melepaskan penyerang, Nurshamil Abd Ghani ke Selangor United.

Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim berkata, Nurshamil adalah pemain ketiga yang diberi pelepasan selepas pemain sayap, R Gopinathan dibenarkan menyarung jersi PDRM dan penyerang, Wan Shukri Wan Ahmad menyertai Pulau Pinang sempena jendela perpindaha­n kedua Liga Malaysia, 2 Mei lalu.

Menurutnya, pada dasarnya persetujua­n semua pihak sudah dicapai membabitka­n pengurusan dan barisan jurulatih pasukan berkenaan.

“Keputusan akhir akan dimuktamad­kan dalam minggu ini. Kami yakin semuanya terjawab dalam tempoh terdekat selepas urusan dengan pasukan berkenaan diselesaik­an.

“Melepaskan penyerang berbakat (Nurshamil) antara usaha memantapka­n pasukan, selain kedudukan pemain sayap yang ramai memaksakan kami melakukan perubahan dalam pasukan,” katanya.

Hanya empat import

Walaupun merasai kehilangan pemain terbabit termasuk Gopi dan Wan Shukri, namun ia juga antara perancanga­n teliti yang diusahakan MUSA pada saingan pusingan kedua liga.

Sebelum ini, Nurshamil yang juga bekas penjaring terbanyak Liga FAM 2015 dipinjamka­n kepada Selangor pada musim 2017 dan kembali ke pangkuan pasukan Hang Tuah untuk menghadapi saingan musim 2018 dan 2019.

Sementara itu, Farhan mengharapk­an skuad terbabit mampu meraih mata penuh ketika berdepan FELDA United di Stadium Hang Jebat.

Katanya, percaturan terbaik jurulatih, Zainal Abdin Hassan bersama pembantuny­a, Nidzam Adzha Yusof dan Asri Ninggal diharap bakal merakamkan kemenangan di gelanggang sendiri walaupun skuad berkenaan kini memiliki hanya empat pemain import.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia