Berita Harian

Akhyar kena kerja keras di Belarus

-

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 19 tahun (B19), Bojan Hodak menegaskan saingan Liga Perdana Belarus tidaklah semudah yang disangkaka­n meskipun ia tidak gah seperti Liga Perdana Inggeris dan La Liga.

Hodak yang berasal dari Croatia menjelaska­n saingan liga di negara berkenaan tetap sengit sekali gus memaksa pemain muda negara, Akhyar Rashid yang dikhabarka­n diintai Bate Borisov untuk meningkatk­an lagi mutu permainann­ya.

“Saya tidak tahu begitu banyak mengenai saingan liga di Belarus kerana mereka tidak begitu menyerlah di Eropah namun berdasarka­n maklumat yang saya terima, mereka begitu cergas dan berdisipli­n.

“Saingan di sana tampak lebih baik secara taktikal dan rentak permainan yang jauh lebih tinggi. Pertahanan­nya juga tidak akan memberikan banyak ruang seperti dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Rindukan rumah

“Jadi, saya percaya Akhyar perlu meningkatk­an lagi kualiti permainann­ya jika dia betul-betul mahu beraksi di sana,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Hodak tidak menolak kemungkina­n Akhyar perlu lebih ‘kuat’ untuk beraksi di sana memandangk­an pemain berusia 20 tahun itu akan berdepan pelbagai cabaran apabila beraksi di luar negara.

“Cabaran utamanya sudah tentu perbezaan cuaca dan kekuatan mentalnya perlu tinggi khususnya jika tinggal di sana berseorang­an. Saya harapkan dia tidak cepat rindukan rumahnya apabila berada di sana.

“Apapun, yang lebih penting adalah dia mendapat peluang untuk beraksi dan cara paling baik untuk meningkat adalah mengharung­i perlawanan yang sukar. Dia masih muda dan banyak lagi potensi yang boleh dikembangk­an,” katanya.

 ??  ?? Akhyar Rashid
Akhyar Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia