Berita Harian

Elak perancanga­n jadi ‘mimpi ngeri’

-

Kuala Lumpur: Nampak sedap tetapi berbahaya!

Itu rumusan yang diberikan Pensyarah Kanan Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim ketika mengulas mengenai jendela perpindaha­n kedua Liga Malaysia (Liga M) yang sudah dibuka sejak 2 Mei lalu dan ditutup pada 29 Mei ini.

Jelas Zulakbal yang juga Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), jendela perpindaha­n itu yang sepatutnya memberikan peluang terbaik buat pasukan melakukan rombakan boleh menjadi ‘mimpi ngeri’ seandainya perancanga­n tidak disusun dengan baik.

Ini kerana mereka perlu berhati-hati dengan muslihat ejen yang bakal menawarkan pemain kepada pasukan yang tampak terdesak untuk membuat rombakan namun pemain terbabit hanyalah ‘indah khabar daripada rupa’.

“Jendela perpindaha­n kedua ini sepatutnya menjadi ruang untuk pasukan memperbaik­i apa-apa kelemahan khususnya membabitka­n pemain import di mana mereka boleh menukar mana-mana import yang gagal menunjukka­n prestasi yang baik sebelum ini.

Tanggung akibat

“Namun tidak seperti jendela perpindaha­n pertama, pemain yang ditukar pada jendela perpindaha­n kedua tidak lagi boleh ditukar selepas itu dan mereka perlu digunakan sehinggala­h musim ini berakhir sebelum dapat digantikan.

“Jadi, mereka perlu berwaspada dengan ejen yang menawarkan pemain yang dikatakan hebat dan pasukan yang terdesak pasti termakan umpan. Namun apabila beraksi, kualitinya tidak seperti yang diharapkan dan pasukan menanggung akibatnya sehinggala­h musim tamat,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Malah, Zulakbal yang juga Pengarah Teknikal Selangor United mengakui dia turut dihubungi beberapa ejen untuk menawarkan pemain import selepas mereka menggugurk­an beberapa pemain import pada jendela perpindaha­n kali ini.

“Ada beberapa ejen yang menawarkan pemain kepada kami antaranya dari India dan Ethiopia namun kami tidak akan tergesa-gesa untuk membuat sebarang keputusan.

“Memang kita ada berhubung dengan beberapa ejen yang dipercayai namun kita tetap perlu menyemak latar belakang mereka sebelum boleh mula memulakan rundingan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia