Berita Harian

Juadah bersungkei tarikan Ramadan di Miri

-

Miri: Bandaraya Miri berubah wajah menjadi ‘lokasi pesta makanan’ dengan lebih 350 gerai makanan dan minuman beroperasi di beberapa bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini.

Paling menjadi tumpuan ialah bazar Ramadan di kawasan parkir Stadium Tertutup Miri, di sini, yang menyediaka­n pelbagai juadah unik untuk berbuka puasa atau ‘bersungkei’ dalam dialek tempatan.

Ia tidak hanya menarik perhatian warga bandar raya, bahkan juga pelancong asing, sekali gus menambahka­n lagi kemeriahan penganjura­n Pesta Bandaraya Miri 2019.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii berkata, penyediaan ruang niaga berkenaan sebahagian daripada inisiatif Majlis Bandaraya Miri (MBM) membantu usahawan sempena bulan puasa.

“Namun, apa yang menarik, bazar berkenaan tidak hanya bertumpu kepada juadah berbuka puasa semata-mata, malah pelbagai produk kraf yang mewakili etnik dan masyarakat setempat,” katanya kepada BH, di sini semalam.

Adam berkata, jumlah gerai yang dibuka tahun ini mencatatka­n peningkata­n berbanding tahun lalu, sekali gus membuktika­n ramai dalam kalangan warga bandar raya ini berminat menjalanka­n aktiviti perniagaan kecil kecilan.

Buka peluang perniagaan

Katanya, kemeriahan orang ramai berkunjung ke bazaar itu membuka peluang kepada peniaga ke arah meningkatk­an pendapatan masing-masing, terutama menjelang Aidilfitri.

“MBM menggalakk­an lebih ramai penduduk, khususnya golongan Bumiputera menjalanka­n aktiviti perniagaan seperti fenomena yang berlaku sepanjang Ramadan ini.

“Malah, sambutan terhadap ruang niaga disediakan kali ini amat baik walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,” katanya.

Lebih membanggak­an, katanya, penganjura­n bazar itu turut menarik perhatian warga Brunei Darussalam yang sanggup datang ke bandar raya ini untuk membeli juadah berbuka.

Selain Stadium Tertutup Miri, bazar itu turut dianjurkan di Permyjaya, Lutong, Mosjaya dan Saberkas.

 ?? [FOTO KANDAU SIDI /BH] ??
[FOTO KANDAU SIDI /BH]
 ??  ?? Adam Yii
Adam Yii
 ??  ?? Sebahagian peniaga menjual pelbagai makanan dan minuman sempena Ramadan di Stadium Tertutup Miri.
Sebahagian peniaga menjual pelbagai makanan dan minuman sempena Ramadan di Stadium Tertutup Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia