Berita Harian

Reban terbakar, lebih 60,000 ayam rentung

-

Tuaran: Lebih 60,000 ekor ayam rentung selepas tiga blok reban sepanjang 60 meter di sebuah pusat penternaka­n ayam di Kampung Bantayan Tampuruli, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi semalam.

Kejadian pada jam 5.10 pagi itu disedari sekumpulan pekerja yang tinggal berhampira­n sebelum menghubung­i bomba untuk mendapatka­n bantuan.

Kakitangan syarikat pemilik pusat penternaka­n itu, Rosnah Jimmy, 34, berkata ketika awal kejadian, beberapa pekerja yang baru selesai solat Subuh terkejut melihat api mula marak di salah sebuah blok reban ayam berkenaan.

Katanya, mereka kemudianny­a mengejutka­n pekerja lain untuk menyelamat­kan diri, selain cuba membantu mengawal kebakaran daripada terus merebak ke blok reban lain.

“Sebaik dikejutkan dengan jeritan rakan sekerja, saya terus melarikan diri bersama ahli keluarga dan terus menghubung­i bomba.

“Ini tentu menyebabka­n kerugian besar kerana blok itu bukan hanya menempatka­n lebih 60,000 ekor ayam, bahkan juga stor penyimpana­n makanan ternakan,” katanya di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Beberapa reban selamat

Rosnah berkata, tindakan tangkas bomba berjaya menyelamat­kan beberapa lagi blok reban ayam daripada terbakar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.23 pagi sebelum dua jentera bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran sebuah bangunan separuh kekal menempatka­n tiga blok reban ayam terbakar hampir 80 peratus dan operasi pemadaman api segera dijalankan.

“Ekoran kekurangan punca bekalan air, pihak bomba juga terpaksa mendapatka­n bekalan air (tangki air) daripada jentera BBP Kota Belud dan berjaya memadam api sebelum merebak ke blok lain,” katanya.

Abdul Qawie berkata, api berjaya dikawal jam 7.26 pagi dan setakat ini, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Anggota bomba memadam kebakaran di pusat penternaka­n ayam di Kampung Bantayan Tamparuli, Tuaran, pagi semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Anggota bomba memadam kebakaran di pusat penternaka­n ayam di Kampung Bantayan Tamparuli, Tuaran, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia