Berita Harian

Isytihar harta jadi KPI menteri

-

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Ketua Setiausaha Negara,

Datuk Seri Dr Ismail Bakar; Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-rasuah,

Tan Sri Abu Kassim serta Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Dr Mazlan Yusoff, ketika melancarka­n myportfoli­o Panduan Kerja Sektor Awam di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau pernah menerima hadiah sebanyak 26 kereta sepanjang menjadi perdana menteri keempat.

Perdana Menteri berkata, semua kereta itu bagaimanap­un sudah dipulangka­n dan orang ramai yang ingin melihat kereta berkenaan boleh melihatnya di Langkawi, Kedah.

Beliau berkata, sekarang beliau dan semua menteri Kabinet tidak lagi boleh menerima hadiah mewah apabila kerajaan mensyaratk­an nilai hadiah tidak melebihi RM500, selain hanya boleh menerima bunga dan buah-buahan sahaja.

Dr Mahathir bagaimanap­un sempat berseloroh apabila memaklumka­n ada pihak hendak memberinya hadiah sebanyak satu tan dodol.

Terima buah-buahan

“Namun saya menolaknya, tetapi mereka tetap menghantar­nya dan saya terpaksa sedekahkan kepada orang lain, saya tidak tahu sama ada itu rasuah atau tidak, malah saya turut terima dua kotak besar buahbuahan.

“Sekarang ini rumah saya penuh dengan makanan, dengan bunga, tak payah report (lapor) kepada Tan Sri Abu Kassim (Mohamed) (Pengerusi Pusat Governans Integriti dan Anti-rasuah Nasional (GIACC),” katanya.

Beliau mengulas cadangan JKKMAR mewujudkan dan melaksanak­an dasar penerimaan hadiah dengan semua menteri harus menandatan­gani aku janji mengeluark­an arahan dan memastikan pelaksanaa­n dasar berhubung penerimaan hadiah ini dilaksanak­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia