Berita Harian

SIASAT 3 BEKAS PEGAWAI KANAN KEMENTAH

Siasatan babit tiga projek belum dimuktamad

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan mengesyork­an bekas KSU Kementeria­n Pertahanan, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), bekas T/KSU (Pembanguna­n) dan bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan disiasat selepas mendapati wujud unsur kelemahan dan kecuaian dari segi tadbir urus dan salah guna kuasa dalam pelaksanaa­n pembinaan Kem Tentera Paloh, Kluang, Johor; Pusat Latihan Pengurusan Logistik Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan; Markas Tentera Udara (MTU2) di Kuala Lumpur dan ‘land swap’ tapak Kem Tentera Kinrara di Puchong

Tiga bekas pegawai kanan Kementeria­n Pertahanan (KEMENTAH) dan seorang setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan adalah empat individu yang perlu disiasat dalam projek pembinaan dua kem tentera dan markas tentera udara yang terbabit dengan pertukaran tanah (land swap) tapak Kem Tentera Kinrara, Puchong.

Ia terkandung dalam syor laporan siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang disiarkan di dalam laman web KEMENTAH, semalam dengan merujuk tempoh siasatan adalah antara tahun 2010 sehingga 2018.

Bekas pegawai kanan terbabit yang tidak dinamakan dalam laporan itu adalah Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan KSU (Pembanguna­n) kementeria­n, Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang berkhidmat pada 2017.

Ketiga-tiganya secara bersama

membuat keputusan dalam satu mesyuarat pada 27 Januari 2017 untuk pembinaan Kem Tentera Paloh, Kluang, Johor; Pusat Latihan Pengurusan Logistik Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan Markas Tentera Udara (MTU2) di Kuala Lumpur.

Keluar memo pentadbira­n

Dalam laporan siasatan itu menyebut, peranan setiausaha politik terbabit mengeluark­an memo pentadbira­n dalaman bertarikh 10 Februari 2018 dengan mempengaru­hi KEMENTAH membeli tanah berkenaan untuk dijadikan kem tentera.

Untuk rekod, KSU KEMENTAH yang berkhidmat ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi, Timbalan KSU (Pembanguna­n) ialah Datuk Halimi Abd Manaf manakala PAT ialah Tan Sri Zulkiple Kassim.

Sementara itu, Onn Hafiz Ghazi adalah Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein pada 2017.

Menurut laporan itu, tiga projek pembanguna­n terbabit masih belum dimuktamad­kan dan perjanjian penswastaa­n belum ditandatan­gani, namun pembinan tujuh bangunan di Kem Paloh dilaksanak­an atas arahan KEMENTAH.

“Nilai tanah balasan di Kem Kinrara ditetapkan pada harga yang lebih rendah daripada penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta (JPPH).

“Oleh itu, jawatankua­sa siasatan berpendapa­t wujud unsur kelemahan dan kecuaian urus tadbir serta salah guna kuasa pegawai kementeria­n.

“Terdapat unsur campur tangan politik dalam pemilihan kontraktor sebelum due diligence atau pertimbang­an dilaksanak­an dan penentuan projek yang hendak dilaksanak­an.

“Keadaan ini menyebabka­n kepentinga­n kerajaan tidak terjamin dan mendedahka­n kerajaan kepada kerugian. Bagi menjamin pelaksanaa­n projek land swap, kementeria­n perlu mengkaji semula projek berdasarka­n kepada Pelan Strategik KEMENTAH dan Dasar Pertahanan Negara,” kata laporan itu.

Laporan siasatan JKSTUPKK disiarkan di laman web rasmi KEMENTAH sejak semalam dan boleh diakses secara berperingk­at sehingga Jumaat ini.

Kerugian melebihi RM500J

Berdasarka­n laporan siasatan itu, kerajaan dianggarka­n kerugian atau ketirisan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaa­n 16 projek land swap tanah Kementeria­n Pertahanan di pelbagai peringkat pelaksanaa­n.

Jawatankua­sa itu juga mendapati 13 daripada 16 projek land swap Kementeria­n Pertahanan turut membabitka­n bekas perdana menteri dan bekas menteri pertahanan.

Urusan dan pelaksanaa­n tiga projek kementeria­n terbabit dalam urusan land swap tanah Kem Kinrara adalah antara 2011 sehingga 2018.

Laporan itu turut mendapati berlaku campur tangan anggota pentadbira­n dalam penentuan kontraktor, salah guna kuasa dan kepentinga­n politik, projek dilaksanak­an bukan menjadi keutamaan utama, kelemahan dan kecuaian dalam proses urus tadbir perolehan dan kerja pembanguna­n dilakukan tanpa perjanjian kontrak.

Land swap adalah pelaksanaa­n projek pembanguna­n kerajaan secara penswastaa­n berasaskan prinsip pembanguna­n secara reka dan bina dan dibiayai sepenuhnya pihak swasta berdasarka­n nilaian tanah semata-mata tanpa sokongan dan sumbangan kewangan kerajaan. Sebagai balasan, pihak swasta memperoleh tanah lain milik kerajaan selepas projek itu siap.

Isu land swap membabitka­n tanah Kementeria­n Pertahanan timbul selepas bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa pemilikan lebih 40,000 hektar tanah kementeria­n itu dipindahka­n kepada sebuah syarikat milik tiga individu tanpa tender terbuka.

Dakwaan itu dibuat oleh Rafidah menerusi satu surat terbuka yang ditujukan kepada berkas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertarikh 8 April tahun lalu.

Beliau mendakwa semua tanah itu dipajakkan selama 40 tahun kepada syarikat berkenaan untuk dibangunka­n dengan

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE / BH] ??
[FOTO AZIAH AZMEE / BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia