Berita Harian

KERAJAAN SETUJU LANTIK SEORANG WAKIL BELIA JADI AHLI DEWAN NEGARA

Kerajaan setuju lantik wakil orang muda Ahli Dewan Negara: PM

-

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bersetuju melantik seorang Ahli Dewan Negara daripada kalangan belia berkelayak­an yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang dan isu pembanguna­n belia.

Perdana Menteri turut mencadangk­an pelantikan itu dibuat pada masa terdekat.

Katanya, inisiatif penyertaan anak muda akan diteruskan dengan melantik belia berkelayak­an dalam pelbagai jawatan utama bagi

meningkatk­an suara anak muda dalam membuat keputusan.

Suara anak muda diberi perhatian

“Atas kepercayaa­n dan kesetiaan anak muda memberi ruang kerajaan baharu memimpin negara pada hari ini, kita akan pastikan suara anak muda sentiasa diberi perhatian dan diambil kira dalam setiap proses keputusan kerajaan di semua peringkat - daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

“Fokus dan keutamaan dalam membangunk­an generasi muda melalui pelbagai inisiatif akan terus dilaksana dan diperkukuh oleh kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Belia Negara 2019 bertemakan Youth Power di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, semalam.

Yang, turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha.

Perdana Menteri berkata, generasi muda selaku generasi pemimpin akan datang, secara beransuran­sur perlu diterap dan diberikan peranan dalam usaha mentadbir dan membangun negara.

Fokus dan keutamaan dalam membangunk­an generasi muda melalui pelbagai inisiatif akan terus dilaksana” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Dr Mahathir berkata, kerajaan berpegang kepada prinsip tidak ada sesiapa terlalu muda untuk menggalas tanggungja­wab, termasuk tanggungja­wab terhadap negara.

Cari kombinasi terbaik

“Benar ada yang berpendapa­t generasi muda tiada pengalaman dan mungkin terburu-buru membuat keputusan yang mungkin bukan yang terbaik.

“Kerana itu, kita perlu mencari kombinasi terbaik antara generasi muda dan tua untuk memacu negara. Ini kerana, jika golongan muda kurang berpengala­man - semangat, komitmen, tenaga, kesungguha­n dan idealisme mereka mampu membantu,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut melancarka­n Youth Power Club, yang berperanan menambah pembabitan anak muda dalam pertubuhan belia dan menggerakk­an aktiviti mereka di peringkat akar umbi yang menjurus kepada kerja komuniti.

Beliau berkata, lebih RM50 juta akan diperuntuk­kan bagi pelaksanaa­n program Youth Power tahun ini dan tahun depan.

Peruntukan itu, katanya, termasuk RM7.4 juta untuk 2019 bagi menggerakk­an Youth Power Club di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

“Peruntukan berbentuk geran untuk program Youth Power boleh dimohon oleh semua persatuan berdaftar, termasuk mereka yang belum pernah mendapat bantuan peruntukan daripada kerajaan sebelum ini,” katanya.

Selain itu, katanya, bagi meluaskan akses kemudahan sukan dan rekreasi kepada semua anak muda, kerajaan memperuntu­kkan RM100 juta dana khas pada 2020 untuk pembanguna­n infrastruk­tur sukan luar bandar bersama sektor swasta.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir bersama Syed Saddiq bergambar dengan penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Hari Belia Negara 2019 di Bangi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir bersama Syed Saddiq bergambar dengan penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Hari Belia Negara 2019 di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia