Berita Harian

‘Perbincang­an peralihan kuasa lancar’

Ketua Umum Pakatan Harapan akan bincang tarikh, hal lain dengan Dr Mahathir

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincang­annya dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri, berjalan dengan baik dan tidak ada sebarang masalah.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR itu berkata, soal mengenai tarikh peralihan kuasa dan hal lain yang berkaitan, biarlah dibincangk­an oleh mereka berdua.

“Perdana Menteri sudah beri penjelasan, saya sambut baik. Soal tarikh dan sebagainya, biarlah beliau bincang dengan saya, saya

tiada masalah,” katanya selepas menyampaik­an ucaptama pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Anwar berkata, beliau sama sekali tiada masalah dengan proses berkenaan yang sedang berjalan dengan baik dan juga tiada masalah dengan peranan Dr Mahathir selepas penyerahan kuasa.

Peranan Dr M tetap dikenang

“Saya tidak ada masalah sama sekali kerana Dr Mahathir punya peranan pada masa sekarang dan beliau harus diberi ruang. Andai kata saya ambil alih (kepemimpin­an) pun, peranan Dr Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara kita.

“Saya tidak fikir isu (peralihan kuasa) adalah masalah,” katanya mengulas proses pelantikan­nya sebagai Perdana Menteri yang dijangka dalam tempoh kira-kira setahun dari sekarang, berdasarka­n perjanjian dicapai bersama parti komponen PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengenai ulang tahun pembebasan­nya daripada penjara yang genap setahun hari ini, Anwar menzahirka­n rasa syukur dan memanfaatk­an kebebasan itu dengan menemui pelbagai pihak termasuk rakan lamanya dari dalam dan luar negara.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendapat pengampuna­n penuh Yang di-pertuan Agong ke15, Sultan Muhammad V pada 16 Mei tahun lalu selepas rayuan pengampuna­n penuhnya dipertimba­ngkan keputusan berkenaan diambil susulan kekeliruan yang timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu untuk mengheret institusi Raja menentang kerajaan. pada Mesyuarat Lembaga Pengampuna­n bagi Wilayah-wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Media pada 8 Mei lalu, melaporkan Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata beliau sedang mempersiap­kan negara sebaik mungkin supaya penggantin­ya nanti dapat mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan kerajaan dalam keadaan terbaik.

Pada wawancara bersama media sempena setahun pentadbira­n kerajaan PH, Dr Mahathir ketika ditanya sama ada sudah bersedia dengan peralihan kuasa Perdana Menteri dalam tempoh setahun lagi, berkata beliau sudah berjanji akan berundur dan memberi kuasa kepada Anwar.

Malaysia boleh menarik balik Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada Jun ini selepas ia ditandatan­gani pada 4 Mac lalu dan diserahkan kepada Setiausaha Agung PBB pada hari sama.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Anwar menyampaik­an ucapan pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di UKM, Bangi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Anwar menyampaik­an ucapan pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di UKM, Bangi, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 6 April lalu.
Keratan akhbar BH pada 6 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia