Berita Harian

Kit Siang gesa SPR adakan inkuiri dakwaan pindah pengundi tentera

-

Kuala Lumpur: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengadakan inkuiri berhubung dakwaan pemindahan pengundi tentera secara tidak sah di empat kawasan Parlimen pernah ditandingi pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

Kerusi berkenaan adalah Parlimen Bagan Datuk disandang Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Parlimen Sembrong disandang bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Dua lagi adalah Bera disandang Naib Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Parlimen Segamat yang ditandingi bekas Presiden MIC dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m pada PRU-14, namun tewas kepada calon PKR.

Cabul proses demokratik

Dalam laman www.blog.limkitsian­g.com semalam, Kit Siang berkata, inkuiri itu perlu bagi menentukan sama ada keputusan PRU-14 di empat kerusi terbabit wajar diisytihar batal atau sebaliknya, susulan siasatan terhadap Kementeria­n Pertahanan mendedahka­n pembabitan pegawai SPR dalam proses pemindahan pengundi tentera.

“Pakatan antara pegawai SPR dengan Kementeria­n Pertahanan bertujuan mengekalka­n sokongan secara tidak sah dan tidak demokratik kepada menteri. Ia bukan sahaja salah guna kuasa kerajaan (ketika itu), tetapi juga mempamerka­n pencabulan proses demokratik.

“Jadi, Zahid, Hishammudd­in dan Ismail perlu menyatakan adakah mereka mengalu-alukan inkuiri untuk putuskan sama ada pilihan raya mereka tidak demokratik. Jika tidak, maka ia perlu diisytihar tidak sah dan batal,” katanya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

SPR kaji tuduhan

Minggu lalu, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, suruhanjay­a itu akan mengkaji tuduhan bahawa beberapa pegawainya membantu BN sebelum PRU14 dalam isu pembinaan kem tentera untuk memindahka­n pengundi bagi menambah sokongan di kawasan tertentu.

Pada Mac lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendedahka­n wujud kem tentera dibina bertujuan menambah undi anggota pasukan pertahanan di kawasan itu dan ia kemudian dikosongka­n selepas berakhirny­a PRU.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan mendapati kem itu dibina khususnya untuk PRU supaya tentera boleh ditempatka­n di kem berkenaan.

 ??  ?? Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia