Berita Harian

Masyarakat berhak dapat penjelasan: Anwar

-

Bangi: Masyarakat berhak untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan kewujudan ‘kartel dedak’ dalam PAS, kerana isu itu kini sudah membabitka­n kepentinga­n awam.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata wujud keperluan untuk pimpinan PAS menjawab dan memberi penjelasan tanpa tidak berselindu­ng menerusi arahan melarang ahli parti Islam itu membahaska­nnya secara terbuka.

“Jika soal ‘kartel dedak’ ini adalah sematamata urusan dalaman parti, maka tentu ia adalah hak pimpinan PAS untuk menentukan arahan melarang ahlinya untuk tidak membicarak­annya.

“Tapi, hal ini sudah membabitka­n kepentinga­n awam dan masyarakat ingin tahu sebab ia membabitka­n dana yang bertentang­an dengan apa yang diucapkan (pimpinan PAS), bahawa seorang tokoh itu harus hidup sederhana, tidak harus ambil wang yang dicurigai sumber, kesahihan dan status halal haramnya.

Tuduhan harus dijawab

“Oleh itu, ada keperluan supaya tuduhan agak keras dan berat yang dilemparka­n itu harus dijawab pihak yang berkenaan supaya masyarakat awam dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan semalam, bahawa ahli PAS dilarang membawa, membincang dan membahaska­n sebarang isu berkaitan urusan parti dalam semua bentuk media, berkuat kuasa serta-merta.

Ia susulan pendedahan bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharudin Muhammad, mengenai lima pemimpin dalam PAS yang terbabit dengan ‘kartel dedak’ berhubung penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO.

Zaharuddin turut mendakwa mendedahka­n isu kartel dedak selepas mendapat restu Hadi, namun Presiden PAS itu menafikan mengizinka­n menantunya berbuat demikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia