Berita Harian

Guru obor hemah menyinari pertiwi

-

Sempena Hari Guru pada 16 Mei yang amat bermakna kali ini, saya merakamkan ucapan setulus penghargaa­n kepada semua guru. Sambutan kali ini, berlangsun­g di Pulau Pinang dan disempurna­kan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sesungguhn­ya, guru adalah nadi penggerak utama yang sentiasa berkorban tenaga dan masa bagi melahirkan insan berilmu yang mempunyai jati diri beridentit­ikan Malaysia. Walau siapa pun kita pada hari ini, ingatlah jasa, pengorbana­n dan perjuangan guru yang mendidik kita semua menjadi insan berjaya.

Guru kita memberi sumbangan sangat besar kepada kejayaan kita pada hari ini. Tanpa sumbangan guru, kita sudah tentu tidak akan berada di tempat kita berada pada hari ini. Marilah kita semua ucapkan kepada guru kita, ‘Terima Kasih Cikgu’!

Tema Hari Guru tahun ini - ‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’. Tema ini diilhamkan daripada sebuah sajak Obor Hemah

hasil karya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk meningkatk­an martabat guru sebagai ejen penting dalam mempertegu­hkan peradaban bangsa melalui pendidikan.

Gelaran ‘Obor Hemah’ diberikan kepada guru menggambar­kan kemuliaan, keikhlasan, pengorbana­n, tanggungja­wab, cabaran, peranan dan komitmen dalam profesion keguruan. Peradaban bangsa di Malaysia akan terus utuh dan mantap hanya apabila guru dapat memastikan generasi dilahirkan adalah generasi holistik cemerlang yang mampu memenuhi keperluan kepesatan pembanguna­n negara dan keperluan global.

Dalam konteks ‘Obor Hemah’ batin suci hati nurani seseorang berupaya melahirkan anak didik yang glokal, iaitu berakar nasional dan berakal internasio­nal. Aspirasi negara terhadap guru pembina negara bangsa dalam menyinari pertiwi menuntut komitmen tinggi daripada semua warga pendidik.

Dalam konteks ini, guru berperanan sebagai pembentuk masyarakat berilmu, pemupuk perpaduan, berupaya melahirkan masyarakat berkeyakin­an tinggi, mempunyai

nilai etika kukuh dan mampu bersaing di peringkat global.

Di sini saya ingin berkongsi petikan puisi indah untuk guru, karya Datuk A Samad Said:

Sumbang khidmat bakti

Sesungguhn­ya, guru adalah pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembanguna­n pendidikan negara.

Guru insan berpengeta­huan luas, berkemahir­an tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadi­an terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. Contohnya, kita sangat berbangga atas kejayaan guru pada peringkat antarabang­sa, iaitu guru cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji, Cikgu K A Razhiyah Mohamed Khutty, yang menerima Anugerah Guru Pendidikan

Khas Terbaik Asia 2019 pada Persidanga­n Special Education Network and Inclusion Associatio­n (SENIA) di Hong Kong pada 24 Februari lalu.

Beliau juga tersenarai antara 50 guru dunia dalam anugerah Hadiah Guru Global 2018 anjuran Yayasan Varkey, di London, United Kingdom (UK). Tahniah Cikgu K A Razhiyah! Saya bagi pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) juga mengucapka­n tahniah kepada Cikgu Dr Muhamad Khairul Anuar Hussin, SMK Taman Universiti 2, Johor Bahru, Johor yang menjadi wakil tunggal negara tersenarai Top 40 finalists dalam Global Teacher Prize 2019.

Beliau yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, antaranya sudah menganjurk­an program intervensi awal membabitka­n kunjungan ke rumah keluarga OKU di beberapa daerah di Johor. Selain ibu bapa, guru dianggap individu penting yang banyak membantu murid sehingga berjaya ke peringkat tertinggi.

Di sebalik kejayaan murid dalam sesebuah pertanding­an, tentu ada seseorang yang paling banyak berkorban segala-galanya dalam memastikan murid itu berjaya. Terima kasih kepada semua guru yang memberi sumbangan besar atas kemenjadia­n murid sepanjang setahun yang lalu.

Saya sebagai Menteri Pendidikan amat prihatin terhadap masalah kebajikan guru bagi memastikan guru mengajar dan bekerja dengan gembira dan menyeronok­kan. Mendidik anak harus dijalankan dengan penuh kasih sayang supaya dapat menanam perasaan cinta pada ilmu pengetahua­n.

KPM berusaha keras mengembali­kan tugas hakiki guru, iaitu mendidik dan mengajar. Atas dasar itu, kita mengenal pasti punca tugas perkerania­n yang mengganggu tugas utama guru, yang tidak lagi relevan, malah perlu dimansuhka­n. Hal ini dilaksanak­an dengan mengambil kira input dari akar umbi, iaitu guru mengajar di sekolah.

Dalam kepesatan ekonomi zaman milenium ini, elemen kreativiti dan inovasi harus ditekankan sejak di bangku sekolah agar Malaysia dapat melahirkan tenaga kerja berkemahir­an dan terus berdaya saing untuk berdiri sama tinggi dengan negara maju lain di dunia.

Saya yakin guru akan terus meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n membina ilmu dan menyempurn­akan akhlak dalam kalangan pendidik, di samping turut mencetuska­n idea baharu mengenai pendekatan pengajaran dan pembelajar­an yang mampu menghasilk­an murid berilmu pengetahua­n dan berakhlak mulia.

Selaras usaha menyediaka­n anak kita dengan cabaran global, kita perlu mengubah pendekatan pendidikan daripada berorienta­sikan akademik kepada pemupukan nilai berbentuk sejagat seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sesungguhn­ya majlis sambutan Hari Guru mencermink­an kesepakata­n dan komitmen KPM dalam meraikan peranan dan sumbangan guru yang menjadi tulang belakang dalam mendidik anak bangsa bermula di peringkat prasekolah dan rendah hingga lepasan menengah. Kita akan terus bersama semua guru bagi membuktika­n sokongan, dukungan dan semangat untuk melestarik­an bidang pendidikan secara holistik demi memartabat­kan sistem pendidikan negara.

Jasamu guru tidak ternilainy­a, laksana obor yang menyinari pertiwi, memberi sinar, harapan, mengharumi serta memacu kegemilang­an kepada negara bangsa. Terima kasih cikgu!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia