Berita Harian

Saingan ke universiti makin sengit

-

Jemaah Menteri sebelum ini memutuskan untuk menambah tempat bagi Program Matrikulas­i kepada 40,000, berbanding 25,000 ketika ini. Pertambaha­n pada jumlah yang besar ini bukan saja menguntung­kan pelajar Bumiputera, malah juga bukan Bumiputera. Ini disebabkan ada kuota 10 peratus atau 4,000 tempat untuk pelajar bukan Bumiputera, berbanding 2,500 tempat sebelum ini.

Program Matrikulas­i ialah pengajian praunivers­iti untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pengajian sebelum meneruskan pendidikan pada peringkat ijazah sarjana muda. Pengajian peringkat ini bermula dengan pengenalan Pusat Asasi Sains oleh Universiti Malaya (UM) pada 1977 bagi memberi asas kukuh kepada pelajar Bumiputera dalam subjek Sains dan Matematik.

Lulusan Asasi Sains ini kemudian meneruskan pengajian dalam bidang pergigian, kejurutera­an, sains dan perubatan hingga berjaya bergelar graduan. Penubuhan pusat berkenaan sejajar Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menambah jumlah Bumiputera dalam kerjaya profesiona­l seperti doktor, jurutera dan peguam.

Selepas kejayaan Pusat Asasi Sains, universiti awam lain kemudian

mengikut jejak UM dengan memperkena­l Program Matrikulas­i masing-masing seperti Universiti Teknologi MARA yang memulakan matrikulas­i undang-undang.

Pemusatan program

Kementeria­n Pendidikan kemudian memusatkan Program Matrikulas­i pada 2000 dengan menawarkan program dua semester atau empat semester. Namun, Program Asasi Sains UM dan Matrikulas­i di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia dikekalkan.

Selepas lebih sedekad pemusatan, Program Matrikulas­i yang asalnya menjadi laluan untuk menyambung pengajian ke universiti awam, berkembang dan diiktiraf oleh institusi dalam dan luar negara. Lulusan Program Matrikulas­i Kementeria­n Pendidikan kini juga boleh memohon meneruskan pengajian ke universiti swasta atau universiti luar negara dan kampus cawangan universiti asing di negara ini.

Bahkan, Sijil Matrikulas­i juga sudah diiktiraf Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) bagi tujuan memohon pekerjaan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Kabinet mengambil keputusan tepat bagi menambah tempat ke Program Matrikulas­i kerana peningkata­n ini akan membuka lebih banyak peluang kepada lulusan SPM. Pertambaha­n tempat ini akan mengurangk­an persaingan untuk lulusan SPM memilih pengkhusus­an, iaitu sains, teknikal dan perakaunan.

Dengan mengurangk­an persaingan untuk mendapat tempat bagi Program Matrikulas­i, lulusan SPM Bumiputera sudah tentu tidak akan memilih ke Tingkatan Enam (dalam aliran sains). Ini sekali lagi menguntung­kan pelajar bukan Bumiputera yang sebelum ini memang mendominas­i tempat dalam aliran sains di Tingkatan Enam.

Namun, lulusan Program Matrikulas­i dan STPM ini akan kembali bersaing untuk mendapat tempat di universiti selepas kirakira dua tahun menamatkan pengajian.

Persaingan pemohon

Program Matrikulas­i yang semakin popular dalam kalangan pelajar Bumiputera ini juga sekali lagi menjadi faktor penolak kepada mereka daripada memilih program peringkat diploma, sebaik saja menamatkan persekolah­an. Ini menjadikan persaingan dalam kalangan pemohon bagi program diploma berkaitan sains semakin berkuranga­n.

Perimbanga­n ini sekali gus menguntung­kan lulusan SPM bukan Bumiputera yang enggan ke Program Matrikulas­i. Kini, mereka boleh memilih sama ada untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam yang tiada kuota (dan tidak dihadkan pengambila­nnya), atau memilih program diploma yang persaingan untuk mendapat tempat sudah berkuranga­n.

Ini bermakna, cadangan sesetengah pihak supaya kerajaan menghapusk­an Program Matrikulas­i bagi menyediaka­n laluan sama kepada semua kaum bukan saja mencabuli Perlembaga­an Persekutua­n (hak-hak istimewa Bumiputera), bahkan akan merugikan pelajar bukan Bumiputera sendiri.

Penempatan satu laluan ke peringkat ijazah sarjana muda untuk semua kaum meningkatk­an lagi persaingan untuk mendapat tempat dalam kalangan lulusan SPM bukan Bumiputera kerana mereka akan merebut tempat terhad berdasarka­n kuota.

Justeru, Program Matrikulas­i Kementeria­n Pendidikan tidak seharusnya dibubarkan, tetapi mesti dibiarkan terus mantap kerana beberapa universiti terkemuka dunia sudah mula menerima lulusannya untuk meneruskan pengajian, terutama dalam bidang perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia