Berita Harian

Usah terpedaya cubaan tipu guna nama PIDM

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) mendedahka­n cubaan pihak tertentu menggunaka­n nama agensi itu untuk menipu orang awam yang membuat permohonan pinjaman peribadi dan perumahan dengan bank tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Rafiz Azuan Abdullah, meminta orang ramai tidak terpedaya dengan dakwaan pihak tertentu kononnya mereka perlu membayar sejumlah wang bagi membolehka­n pinjaman kewangan peribadi mahu pun perumahan mereka dilindungi perkhidmat­an insurans ditawarkan PIDM.

Beliau berkata, taktik berkenaan jelas satu bentuk cubaan untuk menipu orang ramai kerana PIDM tidak menawarkan perkhidmat­an sedemikian.

“Kalau ada individu atau pihak tertentu suruh bayar untuk mendapatka­n perlindung­an insurans PIDM maka kita kena sedar itu sebenarnya satu penipuan kerana kita tidak mengenakan bayaran kepada orang ramai.

“Jadi saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa perlindung­an PIDM adalah percuma dan orang awam tidak perlu membuat sebarang permohonan rasmi kerana kerana ia adalah automatik apabila kita membuka akaun pendeposit dengan mana-mana bank ahli,” katanya ketika ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama kakitangan Editorial (BH), Harian Metro (HM) dan (NST) di Balai Berita di sini, malam kelmarin.

Perlindung­an percuma

Rafiz berkata, sebenarnya skim perlindung­an insurans PIDM adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang permohonan rasmi, sama ada untuk individu atau entiti perniagaan dengan had perlindung­an maksimum adalah RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

Katanya, ia termasuk amaun prinsipal deposit dan faedah atau pulangan dengan had RM250,000 atau 99 peratus pendeposit dilindungi sepenuhnya secara berasingan bagi deposit konvension­al dan Islam.

“Antara deposit yang layak untuk perlindung­an termasukla­h akaun simpanan, akaun semasa, deposit tetap, deposit mata wang asing, akaun deposit Islam, draf bank, cek, arahan atau instrumen pembayaran lain yang dibuat terhadap akaun deposit.

“PIDM hanya melindungi semua jenis pendeposit sama ada peribadi atau entiti perniagaan sehingga had maksimum RM250,000 sekiranya bank atau institusi kewangan terbabit gagal berfungsi atau muflis kerana di saat itu kita tidak mempunyai akses terhadap wang simpanan berkenaan,” katanya.

“Jika kehilangan wang berlaku ketika bank ahli berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan mungkin akibat penipuan, PIDM tidak akan melindungi akaun berkenaan, sebaliknya ia menjadi tanggungja­wab institusi kewangan terbabit kerana mereka mempunyai mekanisma untuk menyelesai­kan masalah terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia