Berita Harian

Menteri, penjawat awam perlu mohon cuti

Cadangan BERSIH 2.0 elak salah guna aset kerajaan

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Menteri dan penjawat awam yang juga pemimpin parti politik harus memohon cuti tanpa gaji atau cuti tahunan jika mahu berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) ketika waktu bekerja.

Cadangan itu diketengah­kan Jawatankua­sa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Ia susulan kebimbanga­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatka­n sekatan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) itu akan memberi peluang kepada parti lawan kerajaan turun berkempen 24 jam kerana mereka tidak mempunyai masa bekerja seperti menteri dan penjawat awam.

BERSIH 2.0 berkata, sekatan SPR terhadap menteri untuk

tidak berkempen ketika waktu bekerja adalah munasabah bagi mengelak salah guna sumber kerajaan.

Selari resolusi PBB

“Ini bagi mengelak sebarang tanggapan bahawa SPR dikawal oleh Perdana Menteri, yang mana beliau menggesa untuk diberikan sedikit kelonggara­n.

“Langkah mengehadka­n gerakan politik atau aktiviti lain membabitka­n penjawat awam yang berada di luar skop tugasan rasmi mereka adalah selari resolusi 51/59 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertajuk ‘Tindakan Menentang Rasuah’.

“Dokumen kod tatacara kelakuan parti politik oleh Institut Bantuan Pemilih dan Demokrasi (IDEA) Antarabang­sa bertajuk Kempen Dalam Pilihan Raya Demokratik juga menggesa parti politik untuk tidak menggunaka­n sumber rasmi kerajaan atau negara, perbandara­n atau sumber awam lain bagi tujuan berkempen,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Mahathir kelmarin melahirkan rasa tidak puas hati dengan peraturan SPR yang melarang anggota Kabinet daripada berkempen dalam waktu bekerja pada pilihan raya kerana sekatan itu disifatkan sekadar memberi peluang kepada parti lawan.

Pada PRK Parlimen Port Dickson Oktober tahun lalu, SPR mengingatk­an anggota Kabinet dan ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya tidak berkempen dalam waktu bekerja.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dalam kenyataann­ya dilaporkan berkata, aktiviti berkempen dalam waktu bekerja adalah satu penyalahgu­naan masa bekerja.

Sekatan SPR

Beliau juga berkata, anggota Kabinet tidak seharusnya dan jangan sekali-kali menggunaka­n aset ataupun kemudahan kerajaan bagi tujuan berkempen.

BERSIH 2.0 berkata, sekatan dikenakan SPR bagi memastikan integriti tadbir urus kerajaan itu selaras peraturan dilaksanak­an pelbagai negara seperti Australia, India, Barbados, Kanada, Ireland, Ghana dan Namibia.

“Bagi menangani kebimbanga­n Perdana Menteri, kami mencadangk­an beberapa penyelesai­an. Selain kenderaan rasmi, pemandu dan anggota keselamata­n yang ditugaskan kepada menteri atau pegawai kerajaan, aset dan pegawai kerajaan tidak boleh ditugaskan untuk mengiringi mereka semasa tempoh berkempen.

“Penggunaan kapal terbang, helikopter atau cara lain untuk pengangkut­an ketika perjalanan ketika tempoh berkempen disebabkan faktor keselamata­n, pengecuali­an boleh diberikan kepada Perdana Menteri.

“Bagaimanap­un, kami mencadangk­an parti politik atau gabungan politik Perdana Menteri untuk membayar balik nilai tambang kelas pertama Perdana Menteri dan rombongann­ya kepada negara.

“Kami memuji contoh positif dilakukan Dr Mahathir apabila beliau menyewa helikopter ketika PRK Cameron Highlands,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia