Berita Harian

Anwar gesa Ahli Parlimen setuju syor Dr M

-

Bangi: Semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g perlu bersepakat bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mewajibkan semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen mengisytih­arkan harta.

Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu perlu diterima untuk mewujudkan kerajaan dan institusi Parlimen yang telus.

“Ini cadangan yang patut diterima kerana kerajaan harus bertanggun­gjawab dan telus, maka pembangkan­g juga selalu bangkitkan perkara ini perlu beri sokongan yang jelas bagi cadangan ini.

“Kita akan kemukakan juga di Parlimen secara dwipartisa­n bagi mencadangk­an satu peraturan yang lebih jelas bagi memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen mengisytih­arkan harta.

“Sekarang hanya menteri dan timbalan menteri perlu isytihar harta. Walaupun saya juga isytihar, arahan ini tidak terpakai pada semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g.

“Jadi sewajarnya kita perkenalka­n peraturan ini supaya semua tahu aliran keluar masuk wang (setiap anggota Kabinet dan Ahli Parlimen),” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Kelmarin, Dr Mahathir dilaporkan berkata, Pusat Governans Integriti dan Anti-rasuah Nasional (GIACC) antara lain mencadangk­an supaya pengisytih­aran harta kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi utama (KPI) menteri.

Tanda komitmen

Perdana Menteri berkata, cadangan itu bukan sahaja akan dilaksanak­an kepada anggota Kabinet, malah dipanjangk­an kepada semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkan­g dan ia akan dibincangk­an dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata pengisytih­aran harta itu perlu dilakukan secara berterusan sebagai tanda komitmen mereka berkenaan.

“Saya sendiri isytihar harta sebelum menjadi Timbalan Menteri, malah sebelum menjadi calon lagi.

“Tiada apa yang nak disembunyi­kan, malah ia perlu dilakukan secara berterusan seperti dua tahun sekali kerana pada peringkat awal kita mungkin tiada harta,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) di sini, semalam.

Fuziah berkata, pengisytih­aran harta juga perlu dilakukan oleh ahli parlimen pembangkan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia