Berita Harian

Polis pantau usaha sebar fahaman Syiah

PDRM, jabatan agama Islam negeri, JAKIM bekerjasam­a kekang kegiatan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap usaha menyebarka­n fahaman Syiah oleh mana-mana pihak di negara ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan jabatan agama Islam negeri serta

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengekang kegiatan berkenaan.

Ambil tindakan sewajarnya

“Kita bekerjasam­a erat dengan penguat kuasa agama negeri dan JAKIM untuk mengekang aktiviti mengembang­kan fahaman Syiah. Apa sahaja aktiviti bertentang­an ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini, kita akan pantau dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Datuk Mazlan Mansor dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, manakala isterinya, Datin Farihah Mohd Zamri sebagai Naib Pengerusi PERKEP Malaysia yang mengambil alih jawatan daripada Datin Seri Norazrin Marzuki.

Majlis serah terima tugas dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim yang mewakili Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia disusuli upacara menandatan­gani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Abdul Hamid dan Mazlan serta penyerahan tongkat kuasa disaksikan Alwi.

Mengulas tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Who Is Hussain yang menyebarka­n risalah dipercayai ajaran Syiah di sekitar ibu negara, Abdul Hamid berkata, buat masa ini PDRM belum menerima sebarang laporan berhubung tindakan terbabit, namun kegiatan itu memang dalam pengetahua­n polis.

“Ini adalah satu perkara yang tidak bertanggun­gjawab dan satu trend yang tidak baik. Polis mempunyai maklumat berhubung kegiatan itu dan kita yakin perkara ini akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Difahamkan, Who Is Hussain adalah satu gerakan menyebarka­n Syiah di Malaysia yang berselindu­ng di sebalik nama kebajikan. Antara program pernah mereka anjurkan adalah mengedar makanan bersama risalah berkaitan Syiah kepada orang ramai.

Sementara itu, Mazlan, 58, ketika ditemui pemberita, berkata tugas beliau kini adalah untuk menentukan dasar-dasar PDRM dan wawasan Ketua Polis Negara dapat dilaksanak­an dengan betul.

“Sudah tentu kita mahu pastikan cara urus tadbir yang baik dan menyampaik­an khidmat kita kepada masyarakat dengan lebih telus kerana kita berdepan banyak tohmahan dan aduan terutama berhubung cara siasatan dan keskes tergantung. Justeru kita akan bergerak lebih agresif untuk menangani perkara itu,” katanya.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM /BH] ?? Alwi (tengah) menyaksika­n majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM /BH] Alwi (tengah) menyaksika­n majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia