Berita Harian

‘Saya tak tahu itu akaun Najib’

Pengarah Urusan IPSB dakwa akaun ‘dipinjam’ untuk simpan wang secara transit

-

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali, Farah Marshita Abdul Patah dan Siti Nurazlinee Azmi Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, pada perbicaraa­n membabitka­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, IPSB sebelum itu sudah diberitahu bahawa ia akan ‘dipinjam’ untuk menyimpan sejumlah wang yang akan dimasukkan ke dalam akaunnya secara transit sebelum dipindah keluar.

Tak tahu siapa pemilik akaun

Katanya, ketika membuat arahan bagi pembayaran itu pada 26 Disember 2014 dan 9 Februari 2015, beliau tidak mengetahui bahawa pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun Najib.

“Saya sudah mengarahka­n Eksekutif Akaun Kanan, Aishah Ghazali untuk membuat semakan siapa pemilik dua akaun berkenaan, tetapi beliau (Aishah) diberitahu pihak bank tidak dapat mendedahka­n maklumat itu kepada pihak ketiga.

“Saya turut meminta Pengarah Kewangan IPSB, Datuk Abdul Aziz Ismail menyemak pemilik akaun dengan nombor berakhir 906, tetapi beliau tidak memaklumka­n hasil semakan berkenaan.

“Saya turut mengesahka­n bahawa Najib tidak pernah menghubung­i saya berkenaan semua pembayaran itu,” katanya.

Shamsul Anwar, saksi ke-37 pendakwaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi dan menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pada sesi pemeriksaa­n utama hari ke-18 perbicaraa­n SRC Internatio­nal.

Beliau berkata, mengikut Borang Pemindahan Wang, tujuan semua pembayaran adalah untuk program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tetapi tidak pasti tujuan sebenar pembayaran itu.

Saksi itu berkata, beliau menganggap pembayaran bagi tujuan CSR kerana pemindahan dana terbabit adalah di atas arahan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), Ung Sun Ling dan Pengarah Projek, Dennis See.

Beliau berkata, biasanya arahan daripada Su Ling dan Dennis adalah berkenaan program CSR.

Katanya, beliau terpaksa mengikut arahan kedua-dua individu terbabit kerana mereka adalah pemberi dana kepada IPSB.

“Seingat saya, Su Ling dan See (Dennis) mengarahka­n saya memindahka­n dana itu ke dalam akaun Amprivate Banking -1MY dan Amprivate Banking - My walaupun saya tidak tahu siapa pemilik dana itu.

Tak diberitahu sumber wang

“Saya cuma dimaklumka­n Su Ling bahawa duit sudah masuk ke akaun IPSB, saya tanya Su Ling banyak kali melalui telefon dan bersemuka tetapi beliau tidak beritahu sumber dana itu.

“Saya turut bertanya See mengenai perkara itu tetapi beliau beritahu bahawa saya tidak perlu tahu maklumat pemilik akaun berkenaan,” katanya.

Dr Shamsul Anwar berkata, beliau hanya mengetahui dana RM42 juta itu adalah daripada SRC melalui anak syarikatny­a, Gandingan Mentari Sdn Bhd apabila membaca artikel di laman web Wall

ketika berada di Belgium pada Julai 2015.

Beliau berkata, perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil selepas beliau mendapatka­n penjelasan apabila pulang ke Malaysia.

“Pada pandangan saya, Su Ling dan See turut diarahkan untuk mengarahka­n saya membuat pindahan wang itu, saya berpendapa­t mereka mungkin mendapat arahan daripada Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Allahyarha­m Datuk Seri Azlin Alias.

“Sebelum wang RM40 juta dimasukkan ke akaun IPSB pada 24 Disember 2014, See berjumpa saya di pejabat dan maklumkan akaun IPSB akan dipinjam untuk menyimpan sejumlah wang sebelum dipindah keluar.

“Saya meminta butiran lengkap daripada See tetapi beliau tidak memberikan sebarang penjelasan,” katanya.

 ??  ?? Street Journal
Street Journal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia