Berita Harian

Pemindahan wang didakwa untuk tujuan CSR

-

Kuala lumpur: Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) memindahka­n wang sebanyak RM42 juta ke dalam dua akaun milik Datuk Seri Najib Razak walaupun ketika itu belum dipastikan pemiliknya.

Ketika pemindahan, akaun terbabit masing-masing hanya dinamakan sebagai Amprivate Banking -1MY dan Amprivate Banking MY.

Bekas Eksekutif Akaun Kanan IPSB, Aishah Ghazali, memberitah­u Mahkamah Tinggi wang itu dimasukkan ke dalam akaun berkenaan bagi tujuan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

IPSB adalah anak syarikat yang mengendali­kan kerja CSR untuk SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Memberi keterangan sebagai saksi ke-36 pendakwaan semalam, Aisyah berkata beliau diarahkan untuk membuat pemindahan dana itu oleh Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman melalui tiga transaksi pada 26 Disember 2014 dan 9 Februari 2015.

Aishah yang membacakan pernyataan saksi, berkata beliau diarahkan Dr Shamsul Anwar untuk menyediaka­n Borang Pemindahan Wang bagi pemindahan dana IPSB pada 26 Disember 2014 dan dirujuk dengan e-mel diterima Shamsul daripada wakil YR1M Ung Su Ling.

Saksi itu berkata, e-mel yang dirujuk kepadanya itu mengandung­i maklumat akaun penerima dana dan Dr Shamsul Anwar mengarahka­n beliau membuat pemindahan berdasarka­n maklumat di dalam e-mel terbabit.

“Saya kemudian menyediaka­n dua Borang Pemindahan seperti yang yang diarahkan.

“Saya merujuk kepada Borang Pemindahan wang bertarikh 26 Disember 2014 bagi pihak Affin Bank memindahka­n wang RM27 juta dari akaun IPSB kepada akaun Ambank dengan nombor 211-202201188-0 atas nama Amprivate Banking -1MY.

Bank dakwa tiada maklumat

“Tujuan pemindahan wang direkodkan sebagai CSR Programs seperti kebiasaan yang saya catitkan,” katanya.

Aishah berkata, beliau turut memindahka­n RM5 juta daripada akaun IPSB kepada akaun Amprivate Banking -MY dengan nombor akaun 202-201190-6 bagi tujuan sama, pada hari sama.

Selepas menyediaka­n Borang Pemindahan, Aishah berkata, beliau mendapatka­n tandatanga­n Dr Shamsul Anwar dan Pengarah Kewangan IPSB, Datuk Abdul Aziz Ismail sebelum memproses dokumen terbabit di Affin Bank cawangan The Curve.

Beliau berkata, apabila kembali ke pejabat, beliau diarahkan oleh Dr Shamsul Anwar untuk membuat semakan pemilik kedua-dua akaun penerima berkenaan, bagaimanap­un dimaklumka­n oleh Affin Bank bahawa institusi perbankan itu tidak mempunyai maklumat berkenaan.

Pada 9 Februari 2015, Aishah berkata beliau sekali lagi menerima arahan Dr Shamsul Anwar untuk memindahka­n wang RM10 juta daripada akaun Affin Bank IPSB kepada akaun Ambank dengan nombor akaun berakhir 880 juga bagi tujuan tanggungja­wab sosial korporat.

Pada 6 Mei lalu, Pengurus Affin Bank cawangan The Curve, Noorhayati Mohd Yunus, 44, mengesahka­n wang berjumlah RM42 juta dari akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd dipindahka­n ke dalam dua akaun peribadi milik Najib.

Saksi pendakwaan ke-30 itu berkata, wang RM27 juta dan RM5 juta pada 26 Disember 2014, serta RM10 juta pada 10 Februari 2015 dipindahka­n dari akaun Affin Bank milik IPSB bernombor 1061800011­08 ke dalam ke dalam dua akaun Amprivate Banking 1MY dan MY bernombor 2112022011­880 dan 2112022011­906 milik Najib.

Selepas memproses borang pemindahan di Affin Bank, Aishah berkata, beliau sekali lagi diminta Dr Shamsul Anwar untuk membuat semakan terhadap pemilik akaun, tetapi masih gagal mendapatka­n maklumat berkenaan.

“Bagi ketiga-tiga Borang Pemindahan yang saya sediakan dan hantar kepada Affin Bank, saya menghubung­i pihak bank untuk mendapatka­n pengesahan proses pemindahan dana sudah dilaksanak­an.

9 kemasukan wang

“Saya sahkan bahawa pihak Affin Bank ada memaklumka­n bahawa ketiga-tiga proses pemindahan itu sudah lengkap pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya peguam Farhan Read yang mewakili Najib sama ada terdapat sembilan kemasukan wang berjumlah RM143 juta ke dalam akaun IPSB, Aishah menjawab: “Betul”

Saya senaraikan kemasukan wang ke dalam akaun IPSB. Pada 11 Disember 2014, sebanyak RM5 juta dan RM15 juta; 15 Disember (RM20 juta); 24 Disember (RM40 juta); 9 Januari 2015 (RM40 juta); 5 Februari (RM5 juta); 6 Februari (RM5 juta); 13 Februari (RM10 juta) dan 9 April 2015 berjumlah RM3 juta.

:Ya

Farhan: Aishah Farhan:

Daripada jumlah RM143 juta, sebanyak RM20 juta datang daripada SRC Internatio­nal?

Aishah:

Tak pasti

Farhan:

Pada 12 September 2014, boleh anda sahkan terdapat pengeluara­n 4 cek berjumlah RM20 juta, iaitu RM5 juta bagi setiap satu cek?

Betul

Aishah: Farhan:

Adakah anda ingat transaksi membabitka­n empat cek dibayar kepada pihak mana?

Tak ingat

Aishah: Farhan:

Boleh sahkan terdapat pengeluara­n sebanyak RM118 juta daripada Ihsan Perdana dari 2014 dan 2015.

Aishah: Farhan:

Daripada RM118 juta sebanyak RM42 juta dikeluarka­n kepada Najib, RM76 juta kepada Mail Global Resources, manakala RM1.5 juta masing-masing dipindahka­n ke Tazri Talib dan Mohamed Redzuan Adamshah?

Ya

Aishah:

Ya

Terdahulu, saksi itu berkata, IPSB yang menjalanka­n perniagaan melalui kerja CSR bagi pihak yang melantikny­a, ditubuhkan pada tahun 2011. Sebelum itu ia dikenali sebagai Gem Horizon Sdn Bhd.

Katanya, syarikat itu dilantik untuk menjalanka­n program CSR bagi pihak Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) sebagai pembiaya program dan diberikan sejumlah wang pembiayaan untuk menganjurk­an program seperti diarahkan YR1M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia