Berita Harian

‘Terhimpit pintu van EMRS bukan punca cedera’

Penyebab boleh diketahui tanpa lakukan eksperimen: Saksi ke-24

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, berkata punca kecederaan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim boleh diketahui tanpa melakukan eksperimen.

Saksi ke-24 itu berkata, pemeriksaa­n klinikal yang dijalankan Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr Mohd Shah Mahmood dan bedah siasat terhadap mayat Muhammad Adib sudah memberikan bukti jelas bahawa kecederaan itu

bukan berpunca daripada terhimpit di pintu van Unit Perkhidmat­an Penyelamat­an dan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Saksi itu berkata, bagaimanap­un, eksperimen dilakukan selepas saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, meminta beliau berbuat demikian.

“Bukti yang ada sangat jelas (berdasarka­n) pemeriksaa­n klinikal dan bedah siasat. Kecederaan dada kanan mangsa boleh disebabkan oleh satu benda tumpul, keras, lebar dan sedikit kasar.

“Ia boleh jadi bahu jalan, kenderaan atau objek hadangan yang ada di situ. Apakah objeknya yang spesifik, saya tidak dapat bantu mahkamah,” katanya ketika memberi keterangan pada hari ke-34 prosiding inkues.

Siat kulit lihat kesan lebam

Dalam keterangan semalam, Dr Ahmad Hafizam berkata, bedah siasat yang dilakukann­ya turut menyiat kulit Muhammad Adib bagi melihat kesan lebam pada tubuh mangsa.

Katanya, hirisan dilakukan secara keratan rentas supaya kecederaan pada lapisan kulit dan tisu perantara dapat dilihat.

“Namun, saya tidak dapat memisahkan lapisan kulit dan tisu perantara kerana mayat nanti tidak sempurna memandangk­an tulang rusuk pun terpisah,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi menerangka­n walaupun tidak menyiat semua lapisan kulit, itu tidak bermakna siasatan dibuat tanpa penelitian menyeluruh.

Katanya, jika setiap lapisan dihiris, ia akan menyebabka­n keadaan mayat ‘cacat’.

“Saya terangkan kepada mahkamah, bahawa saya membuat bedah siasat pada jam 1 pagi dengan mengambil kira kepentinga­n negara dan mengebumik­an jenazah dengan cepat. Itu tidak bermakna saya melakukan bedah siasat dengan tidak teliti,” katanya.

Van EMRS di mahkamah

Terdahulu, ketika ditanya peguam mewakili keluarga, Kamaruzama­n Wahab, Dr Ahmad Hafizam berkata, beliau mengenali Dr Shahrom yang juga bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

“Prof Shahrom juga adalah penyelia dan pensyarah ketika saya melanjutka­n Doktor Patologi Forensik di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Saya setuju dia (Prof Shahrom) mempunyai pengalaman luas,” katanya.

Terdahulu, prosiding dilakukan dengan merujuk kepada van Unit Perkhidmat­an Penyelamat­an dan Perawatan Kecemasan (EMRS) yang dibawa ke mahkamah.

Bagaimanap­un, van EMRS itu bukan yang digunakan pada kejadian terbabit.

Koroner Rofiah Mohamad, pegawai pengendali serta pihak berkepenti­ngan, mendengar penjelasan Dr Ahmad Hafizam.

Dr Ahmad Hafizam dilihat memberi penerangan berkaitan teorinya berhubung kecederaan menimpa Muhammad Adib pada awal pagi, 27 November 2018 di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Dalam sesi penerangan yang bermula jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari itu, saksi terbabit dilihat duduk di bahagian penumpang kiri hadapan van EMRS, sama seperti kedudukan Muhammad Adib pada hari kejadian.

Ia bagi memberi gambaran terhadap teori Dr Ahmad Hafizam, iaitu mangsa keluar sendiri dari van sebelum terlanggar pintu van yang sedang mengundur lalu terjatuh. Van EMRS itu yang dipandu anggota bomba turut dibawa mengundur dengan kelajuan 17 km/j, seperti dapatan saksi terbabit.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Dr Ahmad Hafizam memberi penerangan berkaitan teorinya berhubung kecederaan menimpa Muhammad Adib menggunaka­n van EMRS yang dibawa ke Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Dr Ahmad Hafizam memberi penerangan berkaitan teorinya berhubung kecederaan menimpa Muhammad Adib menggunaka­n van EMRS yang dibawa ke Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia