Berita Harian

Pantau segera cacar monyet

Virus boleh merebak melalui cecair pesakit

- Oleh Mahani Ishak

Jangkitan cacar monyet atau monkey pox yang dilapor dibawa masuk oleh seorang lelaki dari Nigeria, Afrika ke Singapura, baru-baru ini perlu diberi perhatian meskipun ia jarang merebak antara manusia kepada manusia lain.

Bagaimanap­un, pesakit yang mendapat jangkitan itu perlu dipantau kerana virus itu boleh merebak melalui cecair air liur, kahak, mukus dan menerusi cecair pernafasan pesakit kepada individu lain.

Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatal, Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, berkata jangkitan itu juga boleh berlaku ketika proses pemindahan cecair daripada pesakit kepada orang lain.

Katanya, walaupun jangkitan berkenaan hanya dipindahka­n dari haiwan kepada manusia, pemantauan perlu dilakukan kerana virus itu boleh merebak apabila orang lain terkena cairan cacar pesakit.

“Malah, jika ibu hamil yang dijangkiti juga boleh memindahka­n virus monkeypox kepada janin dalam kandungann­ya,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemungkina­n kes dikesan di republik itu menular ke negara ini.

Sebelum ini, Kementeria­n Kesihatan Singapura dalam kenyataann­ya mengesahka­n menerima satu kes import jangkitan cacar monyet membabitka­n seorang lelaki

berusia 38 tahun dari Nigeria ketika menghadiri bengkel di republik itu, pada 28 April lalu.

Dalam kenyataann­ya, Kementeria­n itu menjelaska­n mangsa terbabit kini stabil dan ditempatka­n wad pengasinga­n di Pusat Penyakit Berjangkit (NCID), manakala 23 individu lain yang berhubung rapat dengannya dikuaranti­n sebagai langkah berjaga-jaga.

Jamin penyakit tak merebak

Berikutan kejadian itu, EXCO Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar, dilaporkan sebagai berkata, Jabatan Kesihatan negeri memberi jaminan penyakit cacar monyet import tidak merebak di negeri itu.

Pihaknya tetap melakukan pemantauan di semua kemudahan kesihatan seluruh negeri sebagai langkah berjaga-jaga, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Dr Mohammad Iqbal berkata, sebagai langkah berjaga-jaga orang ramai diminta terus memberi perhatian khusus penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Beliau berkata, orang ramai perlu sentiasa membasuh tangan dengan sempurna selain menjaga kebersihan di kawasan kediaman.

“Orang ramai dinasihat memakai topeng mulut dan hidung serta mengelak berada kawasan tumpuan ramai yang penuh sesak,” katanya.

 ??  ?? Dr Mohammad Iqbal
Dr Mohammad Iqbal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia