Berita Harian

11 tanah dilelong bukan milik PMBK

Tuntutan bank bagi dapatkan nilai tunggakan daripada lelongan projek

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Kegagalan pihak syarikat pemaju membayar pinjaman kepada bank menyebabka­n 11 lot tanah yang didaftarka­n atas nama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bakal dilelong pada 27 Mei ini.

PMBK dalam satu kenyataann­ya, semalam, berkata Perjanjian Pembanguna­n Bersama yang ditandatan­gani antara PMBK dengan dua syarikat pada 29 Jun 2011, membabitka­n tanah 14 hektar

yang dikenal pasti kerajaan negeri untuk projek pembanguna­n Bandar Baru Tunjong (BBT).

Menurutnya, bersesuaia­n dengan Akta Pengambila­n Tanah 1960, pengambila­n balik tanah itu sebelum ini dibuat PMBK menyebabka­n anak syarikat kerajaan negeri itu dinamakan sebagai pemilik berdaftar tanah berkenaan.

Lantik syarikat menyelaras BBT

“Sebuah syarikat kemudian dilantik sebagai pemaju utama yang menyelaras keseluruha­n pembanguna­n BBT, manakala sebuah syarikat lagi dilantik sebagai pihak yang melaksana dan menanggung segala kos termasuk pembanguna­n dan pengambila­n tanah bernilai RM19.4 juta pada waktu itu.

“PMBK dan dua syarikat itu bersetuju tanah berkenaan tidak dipindah milik kepada syarikat itu, sebaliknya akan dipindah milik secara terus kepada pihak pembeli bagi unit projek kelak.

“Mengambil kira bayaran pengambila­n bernilai RM19.4 juta, PMBK selaku pemilik berdaftar membenarka­n syarikat berkenaan mendapatka­n kemudahan pembiayaan ‘gadaian pihak ketiga tanpa tanggungan’ daripada bank untuk menyelesai­kan pinjaman bagi pengambila­n balik tanah, seterusnya memulakan pembanguna­n di tanah terbabit,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat terbabit sudah menyiapkan fasa satu pembanguna­n iaitu sebuah pasar raya Giant, manakala fasa dua pula membabitka­n sebuah pangsapuri setinggi 40 tingkat yang berjalan setakat penyiapan asas cerucuk dan terhenti sehingga kini.

Syarikat ada hak ‘de facto’

Secara kesimpulan­nya, kenyataan itu menjelaska­n PMBK sudah menyediaka­n pelan pembanguna­n di BBT dan bagi merealisas­ikan pembanguna­n itu, pengambila­n tanah perlu dilakukan melalui kaedah ditetapkan undang-undang.

“Proses membabitka­n jumlah kewangan yang tinggi ini sudah mendapat pembiayaan pihak bank untuk menjayakan­nya, sebelum diberikan kepada sebuah syarikat yang mempunyai keupayaan kewangan.

“Walaupun tanah itu didaftarka­n atas nama PMBK, namun PMBK bukan pemilik sebenar memandangk­an syarikat dilantik mempunyai hak ‘de facto’ ke atas tanah berkenaan.

“Tuntutan bank adalah untuk mendapatka­n nilai tunggakan daripada lelongan tanah projek. Bank juga tidak membuat tuntutan penyelesai­an tunggakan daripada PMBK, malah tuntutan sedemikian tidak dibenarkan di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, satu notis pengisytih­aran jualan mengenai lelongan aset PMBK diiklan melalui akhbar ini 13 Mei lalu, dengan harga rizab bernilai RM66.7 juta (nilai semasa).

Iklan itu menyatakan permohonan lelongan sebanyak 11 lot tanah oleh Malayan Banking Berhad (Maybank) selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan.

Menurut notis itu, jualan melalui lelongan awam itu yang dibuat pada 27 Mei ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, membabitka­n keluasan kira-kira 12.6 hektar di Bandar Baru Tunjong, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia