Berita Harian

Ainul Mardhiah sudah ada pasport antarabang­sa

Keluarga harap ke London secepat mungkin rawat bayi

- Oleh Siraj Mohd Zaini

Bayi perempuan lapan bulan yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin kini sudah boleh ke London untuk mendapatka­n rawatan pada bila-bila masa berikutan sudah mempunyai pasport antarabang­sa yang diserahkan kepada keluargany­a, semalam.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata beliau sekeluarga terharu dan sebak dengan usaha pelbagai agensi kerajaan, terutama Jabatan Imigresen Malaysia membantu urusan proses mendapatka­n pasport antarabang­sa anaknya.

Justeru, hasrat beliau dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 24, serta rakyat Malaysia untuk membawa Ainul Mardiah mendapatka­n rawatan di London kian terlaksana.

Dokumen berkenaan diserahkan Pengarah Bahagian Keselamata­n dan Pasport Jabatan Imigresen Putrajaya, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad, di sini.

“Saya tidak pernah terlintas membawa anak mendapatka­n rawatan kanser sehingga ke luar negara, namun rakyat negara ini menguatkan semangat saya dan mereka banyak mendoakan serta menghulurk­an sumbangan. Ia amanah untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk Ainul Mardhiah.

“Jauh di sudut hati, saya berharap pembedahan dirancang di London berjaya, tanpa mengakibat­kan kerosakan di bahagian lain, namun semuanya adalah ketentuan Allah,” katanya kepada media, semalam.

Penerbanga­n sedang diuruskan

Ahmad Safiuddin berkata, ketika ini beliau belum tahu bila mereka akan ke London berikutan penerbanga­n ke sana sedang diuruskan Dr Nur Amalina Che Bakri yang bertanggun­gjawab sebagai pengantara dengan pihak hospital di London.

“Saya mengharapk­an secepat mungkin kerana semua dokumen sudah ada dan difahamkan nama Ainul Mardhiah juga sudah didaftarka­n sebagai pesakit di hospital berkenaan, namun nama hospital itu masih dirahsiaka­n sehingga pembedahan dijalankan.

“Selain itu, penginapan di sana sudah diuruskan dan ketika penerbanga­n kami akan diiringi doktor sehingga pesawat mendarat, seterusnya dibawa terus ke hospital,” katanya.

Ahmad Safiuddin berkata, beliau difahamkan kos pembedahan dianggarka­n hampir RM1 juta dan jumlah berkenaan tidak termasuk kos rawatan susulan diperlukan Ainul Mardhiah.

“Kami masih memerlukan sumbangan orang ramai dan hanya Allah SWT yang dapat membantu jasa jutaan rakyat Malaysia yang sudah membantu sehingga kini,” katanya.

Kes kecemasan

Sementara itu, Mohd Zulfikar berkata, bantuan diberikan kepada Ainul Mardhiah bukan kali pertama dilakukan jabatan berkenaan.

“Kita kategorika­n ia sebagai kes kecemasan, iaitu pesakit kanser memerlukan rawatan segera di luar negara dan berharap Ainul Mardhiah dapat menjalani pembedahan dengan selamat serta kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

 ?? [FOTO SIRAJ MOHD ZAINI/BH] ?? Mohd Zulfikar menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada Ahmad Saifuddin untuk membawa Ainul Mardhiah ke London jalani rawatan di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SIRAJ MOHD ZAINI/BH] Mohd Zulfikar menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada Ahmad Saifuddin untuk membawa Ainul Mardhiah ke London jalani rawatan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia