Berita Harian

Remaja, bayi sakit jantung berlubang perlukan RM90,000

-

Kuala Lumpur: Seorang bayi dan remaja lelaki yang menderita penyakit jantung berlubang memerlukan bantuan orang ramai bagi membolehka­n mereka menjalani pembedahan segera.

Kos kedua-dua pembedahan itu adalah sekitar RM90,000.

Pemandu lori, K Veeran, 29, berkata anaknya Vinveera Rao yang berusia setahun dilahirkan dengan masalah jantung berlubang.

“Selepas dilahirkan, kami dapati Veeran sukar bernafas secara normal dan kuku menjadi kebiru-biruan yang menandakan kekurangan oksigen dalam badannya,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Katanya, anak sulung bersama isteri, K Manemekhal­ah, 30, itu dikesan menghidap penyakit ventricula­r septal defect (VSD) selepas dilahirkan di sebuah hospital.

Pembedahan Vinveera Rao dijangka membabitka­n kos RM50,000 di Hospital Gleneagles, di sini.

Pernah jalani dua pembedahan

Sementara itu, Young Mun Hong, 14, turut menghadapi masalah sama yang memerlukan pembedahan yang dianggar membabitka­n kos RM40,000.

Bapanya, Young Fook Wai, 48, bekerja sebagai pemasang jubin, berkata anak ketiganya itu sebelum ini pernah menjalani dua pembedahan jantung pada usia dua hari dan setahun.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan kepada Media PRIMA-NSTP Humanitari­an Fund melalui akaun Maybank 5141-0532-3170 atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek berkenaan dan dihantar ke alamat Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

 ??  ?? Vinveera berusia setahun bersama bapa dan ibu ketika dirawat di hospital.
Vinveera berusia setahun bersama bapa dan ibu ketika dirawat di hospital.
 ??  ?? Mun Hong bersama bapa, Fook Wai dan ibu, Mei Lee, perlukan RM40,000.
Mun Hong bersama bapa, Fook Wai dan ibu, Mei Lee, perlukan RM40,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia