Berita Harian

Tahap kesedaran kesihatan mental masih rendah

-

Kuala Lumpur: Kejadian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang membunuh diri berdasarka­n undian dalam talian pada 13 Mei lalu jelas menunjukka­n betapa rendahnya tahap kesedaran kesihatan mental di negara ini.

Ia juga menunjukka­n pengaruh negatif dan kesan media sosial dalam kalangan generasi muda yang masih kurang matang sehingga menyebabka­n mereka mudah dipengaruh­i.

Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata agensi berkaitan perlu membangunk­an sistem amaran yang dapat membantu kumpulan netizen memaklumka­n pihak berkaitan jika menemui unsur kecenderun­gan bunuh diri di media sosial.

“Berdasarka­n kejadian remaja terbabit, tindakan membunuh diri itu berlaku sekitar lima jam selepas mangsa menaikkan status undian, namun tiada sistem amaran mencegah ia daripada berlaku.

“Jelas, mereka yang mempunyai emosi lebih mudah terpengaru­h dan amat penting untuk mengenal pasti dan membantu mereka pada peringkat awal sebelum merujuk mereka kepada doktor atau kaunselor terlatih jika masalah mereka sukar diselesaik­an atau berpanjang­an,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kasih sayang serta bimbingan keluarga amat diperlukan pada usia remaja yang dianggap kritikal dalam menghadapi cabaran hidup.

Terjun tingkat tiga

“Dalam insiden ini mangsa dipercayai terjun dari tingkat tiga rumah kedai di Padawan, Sarawak akibat masalah emosi serta keluarga dan membuat keputusan itu selepas 69 peratus rakannya di lnstagram menyokong keputusann­ya membunuh diri melalui undian dimuat naik.

“Remaja itu dilaporkan mencatatka­n tajuk utama ‘Sangat Penting, Bantu Saya Pilih D / L (mati atau hidup)’ dalam undian itu,” katanya.

Lam Thye berkata, beliau percaya kempen kesedaran kesihatan mental perlu dilaksanak­an, termasuk mengatasi stigma terhadap mereka yang mempunyai masalah mental.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia