Berita Harian

Krim jaga kulit guna keratin protein bulu ayam

Penyelidik UMP manfaat bahan terbuang hasilkan produk Keraglow

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengekstra­k keratin protein daripada bulu ayam untuk dijadikan bahan bagi menghasilk­an pelbagai produk penjagaan kulit dan rambut seperti krim antipenuaa­n serta syampu.

Kejayaan penyelidik membangunk­an produk dikenali ‘Keraglow’ itu diketuai Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) UMP, Prof Madya Dr

Arun Gupta dan dibantu beberapa pelajarnya.

Ia bakal memberi manfaat berikutan bulu ayam yang sebelum ini hanya dibuang boleh dimanfaatk­an untuk dijadikan sumber pendapatan.

Arun yang berasal dari India dan berpengala­man menghasilk­an keratin, berkata beliau mula melakukan penyelidik­an untuk mencari kaedah mengekstra­k keratin protein daripada bulu ayam sejak menyertai UMP pada 2009.

Atasi masalah pencemaran

“Ketika tiba di Malaysia, saya mendapati kos mengekstra­k keratin daripada bulu biri-biri adalah mahal dan saya beralih kepada bulu ayam yang lebih murah. Pada masa sama ia dapat membantu mengatasi masalah pencemaran akibat pembuangan bulu ayam di pasaran.

“Dalam tempoh 10 tahun ini, kami membangunk­an pelbagai kaedah untuk mengekstra­k serta menerima paten daripada Malaysia dan Amerika Syarikat, selain paten bagi beberapa produk kosmetik serta farmaseuti­kal,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Arun berkata, keratin adalah struktur protein yang terkandung dalam rambut, kuku dan bahagian luaran kulit manusia manakala bio aktif keratin diekstrak daripada bulu ayam yang mana proses menghasilk­annya dilakukan menerusi kaedah melembutka­n protein.

Rangsang sel kulit baharu

“Kaedah ini membolehka­n ia berfungsi memperbaik­i ketegangan kulit, merangsang sel kulit baharu, antiradang dan antioksida­n yang sesuai dalam aspek melambat penuaan pada kulit,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk membangunk­an kilang keratin halal pertama di Malaysia menerusi penyelidik­an berkenaan dan menghasilk­an pelbagai produk.

“Kami sudah menubuhkan anak syarikat dikenali Ump-keraglow Sdn Bhd yang akan mengeluark­an 350 keratin setiap hari dan kapasitiny­a dijangka ditingkatk­an kepada 1,000 liter sehari dalam tempoh dua tahun.

“Kami juga merancang mengembang­kannya ke luar negara dengan menjalanka­n kerjasama bersama rakan strategik atau menjadikan­nya sebagai francais. Kami berharap membangunk­an jenama ‘Keraglow’ sebagai jenama antarabang­sa,” katanya.

Katanya, pada masa ini pihaknya sudah mengeluark­an lima produk di bawah jenama Keraglow, iaitu krim antipenuaa­n, serum muka, pelembap, penyembur rambut dan syampu yang boleh dibeli menerusi laman web, Lazada.

 ??  ?? Arun (tengah) bersama penyelidik UMP protein bulu ayam. menunjukka­n produk Keraglow dihasilkan daripada ekstrak
Arun (tengah) bersama penyelidik UMP protein bulu ayam. menunjukka­n produk Keraglow dihasilkan daripada ekstrak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia