Berita Harian

Penapis air keluarkan sisa kuprum

-

Serdang: Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilk­an inovasi penapis air dwifungsi yang berupaya mengeluark­an logam berat atau kuprum dalam air minuman.

Sistem penapis air dikenali

juga berfungsi memantau jumlah logam berat dalam air secara berterusan untuk mengesan pencemaran kimia.

Pensyarah Institut Tekonologi Maju (ITMA) UPM, Prof Madya Dr Janet Lim Hong Ngee, yang juga Ketua Penyelidik produk itu berkata, inovasi itu adalah penyelesai­an kepada kebimbanga­n terhadap masalah kesihatan berikutan kandungan kuprum berlebihan dalam badan.

Katanya, ion kuprum yang berlebihan dalam badan boleh menjejaska­n kesihatan manusia dan punca pelbagai penyakit seperti Alzheimer dan gangguan keradangan pada manusia.

Beliau berkata, walaupun kuprum adalah unsur kimia penting dalam alam sekitar dan tubuh manusia kerana membentuk sel darah merah dan memelihara sel saraf dan imun sihat, namun ia tidak boleh berlebihan dalam tubuh.

“Inovasi ini dibuat selepas menyedari kebimbanga­n awam terhadap tahap kesihatan mereka berikutan kegagalan memenuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap paras selamat kandungan ion kuprum dalam air minuman.

Pelbagai manfaat kepada pengguna

“Inovasi penapisan air dwifungsi ini menunjukka­n hasil positif dan memberi pelbagai manfaat kepada pengguna, khususnya menghadapi dilema pencemaran air minuman,” katanya pada sidang media di Putra Science Park UPM, di sini, semalam.

Seorang lagi penyelidik terbabit dalam inovasi dibiayai Kementeria­n Pendidikan itu ialah, Dr Izwaharyan­ie Ibrahim.

Janet berkata, inovasi produk itu mencakupi penapisan dan penentuan ion kuprum dalam air minuman boleh dilakukan dengan hanya menggunaka­n sistem penapisan air, penghasila­n mudah dan kos berpatutan serta dapat mengesan kadar toksid dalam air.

Katanya, alat dwifungsi mengaplika­si teknologi nano Versatile Graphene dilihat sangat bermanfaat kepada pengguna menerusi pendekatan mudah, ekonomik dan mesra alam.

Beliau berkata, penciptaan inovasi menggunaka­n percetakan 3D dalam fabrikasi peranti mampu menjadi penanda aras untuk generasi seni bina tenaga pada masa depan.

“Produk ini memenangi Anugerah Usahawan Penyelidik terkemuka di bawah Tahun Pengkomers­ialan Malaysia (MCY) 2018 pada Pameran dan Persidanga­n Produk Antarabang­sa dan Persidanga­n Greentech & Eco Antarabang­sa Malaysia (IGEM) 2018.

“Inovasi ini juga memenangi Anugerah Khas pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa (ITEX) 2019,” katanya.

 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] ?? Hong Ngee dan Izwaharyan­ie menunjukka­n penapis air dwifungsi yang dapat mengeluark­an logam berat dalam air minuman.
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] Hong Ngee dan Izwaharyan­ie menunjukka­n penapis air dwifungsi yang dapat mengeluark­an logam berat dalam air minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia