Berita Harian

Jahitan kemas walaupun fizikal tidak sempurna

Ruzilawati bukti kemampuan setanding tukang jahit profesiona­l

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi

Biarpun kudung kaki kiri dan kedua-dua tangannya pula tidak sempurna, ia bukan penghalang untuk wanita ini menyiapkan tempahan baju raya pelanggann­ya.

Ruzilawati Ghazi, 41, berkata, sepanjang Ramadan tahun ini, dia perlu menyiapkan hampir 200 pasang baju raya yang dihantar pelanggan ke kedai jahitnya di Kampung Melor dengan dibantu dua pekerja.

“Kebanyakan pelanggan mula menghantar tempahan ke kedai

bermula Januari lalu, dan menutup tempahan ini pada awal Ramadan kerana bimbang tidak dapat menyiapkan­nya sebelum Aidilfitri.

“Pada bulan Ramadan, yang datang ke kedai bukan sahaja pelanggan tetap di sekitar negeri ini, malah ada juga dari Pahang dan Terengganu.

“Sepanjang Ramadan ini juga, saya dan pekerja akan menyiapkan sekurang-kurangnya enam hingga tujuh pasang baju sehari,” katanya ketika di temui di kedai jahitannya di sini, semalam.

Ibu kepada empat anak ini berkata, upah yang diambil bagi sepasang baju adalah serendah RM35 hingga RM60 bergantung kepada jenis fesyen baju mengikut kehendak pelanggan.

Pendapatan naik dua kali ganda

“Pada bulan Ramadan pendapatan meningkatk­an dua kali ganda berbanding hari biasa sekitar RM2,500 sebulan.

“Walaupun, saya cacat fizikal dan tidak sempurna, pelanggan pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya dan ada yang memuji mutu jahitan sangat kemas,” katanya.

Ruzilawati berkata, dia mula mengikuti kelas menjahit secara formal yang disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi golongan asnaf pada 2000 selama lapan bulan.

“Di MAIK saya mempelajar­i kesemua teknik jahitan termasuk pelbagai jenis potongan baju. Selepas Tukang jahit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia