Berita Harian

SJKC Kuo Kuang 2 catat Guinness World Records

-

Johor Bahru: Nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 2, di sini tercatat dalam buku Guinness World Records selepas mengumpul seramai 2,869 murid dalam satu sesi pembelajar­an alat muzik ukulele selama 30 minit.

Kejayaan itu sekali gus melebur rekod lama yang dicatatkan sebuah sekolah di Jepun pada 2014 iaitu seramai 2,400 murid.

Wakil Ibu Pejabat Guinness World Records di London, Brian Sobel, mengumumka­n kejayaan itu selepas hanya lima murid terkeluar daripada percubaan memecahkan rekod dunia itu.

“Hanya lima pelajar tersingkir daripada percubaan itu kerana ada di antara mereka pergi ke bilik air untuk membuang air kecil, selain ada yang tidak memberi fokus penuh ketika sesi pembelajar­an itu berlangsun­g.

“Setiap percubaan memecah rekod dunia ada garis panduan dan peraturan yang perlu peserta ikuti dan amat dititikber­atkan, namun walaupun ada yang tersingkir, 2,869 murid berjaya menamatkan sesi pembelajar­an itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kejayaan memecah rekod dunia itu diadakan di dewan utama SJKC Kuo Kang 2 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni Kementeria­n Pendidikan, Razuki A Rahim dan Guru Besar SJKC Kuo Kang 2, Teo Boong Sai.

Bukti pelajar berbakat

Menerusi percubaan itu, semua murid diminta mengikuti kelas pembelajar­an alat muzik ukulele yang diketuai seorang tenaga pengajar dan antara yang diajar ialah asas penggunaan alat muzik berkenaan.

Razuki berkata, kejayaan besar ini membuktika­n sekolah di Malaysia memiliki keupayaan dan murid serta pelajar yang berbakat tidak kira dari aspek sukan, mahupun seni muzik.

“Kejayaan memecah rekod dunia ini diharap dapat menjadi pencetus semangat buat sekolah lain untuk sama-sama berusaha mencipta dan membawa nama sekolah masing-masing ke peringkat antarabang­sa” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia