Berita Harian

Kerajaan tubuh PPH kukuh sistem kewangan negara

Langkah berterusan urus hutang, liabiliti berkuat kuasa serta-merta

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kerajaan menubuhkan Pejabat Pengurusan Hutang (PPH) yang bertanggun­gjawab menyemak dan menguruska­n hutang dan liabiliti negara bagi

Anggota: memantapka­n sistem kewangan dan kedudukan fiskalnya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata PPH akan memantau penerbitan hutang dan mencadangk­an penstruktu­ran oleh kerajaan Persekutua­n, badan berkanun dan Syarikat Tujuan Khas (SPV) secara holistik.

Katanya, kerajaan berhasrat untuk mengelakka­n berlakunya bayaran khidmat hutang yang lebih tinggi dan tidak bertanggun­gjawab akibat kelemahan koordinasi dalam penerbitan pinjaman.

“PPH ditubuhkan sebagai salah satu langkah dalam usaha berterusan kerajaan untuk mengatasi dan menyelesai­kan masalah hutang dan liabiliti kerajaan yang disembunyi­kan yang telah mencecah RM1 trilion sejak 2017.

“Ia adalah di antara reformasi institusi yang akan memantapka­n sistem kewangan dan fiskal kerajaan yang dilihat sebagai penting oleh syarikat penarafan kredit antarabang­sa.

“Penubuhann­ya juga bertujuan mengawal hutang kerajaan supaya tidak terus hilang kawalan dan memastikan pinjaman hutang secara sesuka hati tanpa sebab munasabah tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya. semalam.

Kadar faedah rendah

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, PPH akan menjalanka­n langkah berikut iaitu menjadualk­an terbitan bon dan pinjaman kerajaan, syarikat milik kerajaan dan badan berkanun secara teratur untuk memastikan kadar kupon dan faedah yang paling rendah. Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar

“Menstruktu­r semula bonbon dan pinjaman di mana kos pembiayaan dapat dikurangka­n untuk menjimatka­n peruntukan pembayaran balik hutang dan merancang strategi-strategi untuk mengurangk­an beban hutang kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

PPH akan dipengerus­ikan oleh beliau sendiri katanya dan telahpun dipersetuj­ui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PPH akan berkuat kuasa serta-merta bagi membolehka­n strategi untuk mengurangk­an hutang negara dapat dirangka dan pelan tindakan dilaksana. Strategi dan pelan yang dirangka akan dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Dasar Fiskal yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri,” katanya. Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Dr

Zeti Akhtar Aziz Akauntan Negara, Datuk Saat Esa Pengerusi Eksekutif Pricewater­housecoope­rs (PWC) Malaysia, Datuk Mohammad Faiz Azmi

Penasihat Ekonomi Kepada Perdana Menteri, Dr Muhammad

Abdul Khalid.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia