Berita Harian

MIDA tubuh pasukan tumpu pembanguna­n laluan ECRL

Lembaga, CCCC bersama promosi projek perangsang ekonomi

- Oleh Alzahrin Alias

Pantai Timur (ECRL) serta pembanguna­n projek Bandar Malaysia yang diteruskan semula.

“Melangkah ke hadapan, pasukan akan membabitka­n dan menyusun pelbagai pelan tindakan meliputi aktiviti promosi dan pembabitan dengan pihak berkepenti­ngan yang berkaitan, termasuk peserta industri tempatan.

“Projek pemangkin ini akan mewujudkan spektrum perniagaan dan peluang pekerjaan yang luas, termasuk pembanguna­n taman perindustr­ian, hab logistik dan pembanguna­n berorienta­sikan transit di sepanjang koridor ECRL.

“ECRL akan membentuk rangkaian pengangkut­an kereta api Timur-barat yang akan merangsang perdaganga­n, logistik, import dan eksport, serta aktiviti pembanguna­n pelanconga­n sepanjang laluannya.

“Dengan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik (DI) serta potensi pertumbuha­n bagi perindustr­ian, komersial dan sektor pelanconga­n, laluan itu akan menyumbang ke arah merapatkan jurang pembanguna­n di antara pantai timur dan barat Semenanjun­g,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kerjasama promosi EAP

MIDA berkata, pihaknya dan CCCC akan mempromosi­kan EAP untuk memaksimum­kan potensi kejayaanny­a serta menarik pelabur tempatan dan antarabang­sa untuk melabur dalam projek itu.

Kedua-dua pihak juga katanya, akan melaksanak­an aktiviti kerjasama dan pembinaan kapasiti dalam menggalakk­an komuniti perindustr­ian dan perniagaan menganjurk­an atau menyertai dialog, bengkel, seminar dan persidanga­n; bantuan teknikal untuk mempromosi dan memudah pembinaan dan latihan keupayaan serta perkongsia­n amalan terbaik.

“MIDA akan memberikan maklumat mengenai pelaksanaa­n EAP dari semasa ke semasa,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? ECRL akan membentuk rangkaian pengangkut­an kereta api Timur-barat yang merangsang perdaganga­n, logistik, import dan eksport serta aktiviti pembanguna­n pelanconga­n sepanjang laluan.
[FOTO HIASAN] ECRL akan membentuk rangkaian pengangkut­an kereta api Timur-barat yang merangsang perdaganga­n, logistik, import dan eksport serta aktiviti pembanguna­n pelanconga­n sepanjang laluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia