Berita Harian

Syarikat penerbanga­n dijangka tawar tambang kompetitif

-

Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) menjangkak­an syarikat penerbanga­n akan menetapkan harga tambang penerbanga­n yang kompetitif pada tahun ini, bagi menangani kadar permintaan yang semakin rendah.

Jangkaan berkenaan adalah berdasarka­n Laporan Industri dwitahunan Waypoint edisi keempat, apabila MAVCOM mengunjurk­an peningkata­n trafik penumpang penerbanga­n antara 105.5 juta hingga 106.7 juta, bersamaan dengan pertumbuha­n trafik di antara 2.9 hingga 4.1 peratus berbanding 2018.

Pengerusin­ya, Dr Nungsari Ahmad Radhi, berkata MAVCOM mengunjurk­an ketidakpas­tian yang lebih tinggi pada masa depan berikutan kadar pertumbuha­n ekonomi global dan tempatan akan menjadi lebih perlahan.

Beliau berkata, pada 2019, MAVCOM menjangkak­an tekanan terhadap pendapatan dan seterusnya memberi tekanan ke atas keuntungan syarikat penerbanga­n Malaysia.

Pantau permintaan domestik

“Ini berikutan kadar pertumbuha­n kapasiti tempat duduk yang dijangka melangkaui kadar pertumbuha­n trafik penumpang penerbanga­n.

“Secara purata, harga minyak jet pada 2019 dijangka lebih rendah berbanding tahun lalu dan ini akan mengurangk­an tekanan kewangan yang dialami oleh syarikatsy­arikat penerbanga­n,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nungsari berkata, suruhanjay­a itu juga sedang memantau kadar pertumbuha­n kapasiti permintaan bagi penerbanga­n domestik dengan teliti.

Menurutnya, perkara itu termasukla­h mengambil kira jangkaan penambahan kapasiti tempat duduk yang memberi kesan ketara terhadap prestasi kewangan syarikat penerbanga­n tempatan.

Purata faktor muatan susut

“Pertumbuha­n trafik antarabang­sa bergantung kepada pelbagai faktor, tetapi kami ingin melihat peningkata­n jumlah trafik penumpang penerbanga­n bagi destinasi ASEAN,” katanya.

Laporan berkenaan turut menyentuh mengenai purata perolehan tempat duduk kilometer tersedia (RASK) pada tahun lalu bertambah secara marginal kepada 16.3 sen.

Purata tambang antarabang­sa yang susut sebanyak 2.4 peratus kepada RM486, manakala purata harga tambang domestik kekal tidak berubah pada RM221.

Walaupun terdapat sedikit kenaikan kapasiti sebanyak 3.2 peratus, purata faktor muatan pada 2018 susut sedikit kepada 81.8 peratus, menggambar­kan kadar permintaan yang lemah.

Sementara itu, laporan berkenaan juga menunjukka­n peningkata­n jumlah ketibaan pelancong sebanyak 1.6 juta pelancong dari Indonesia, China, Korea Selatan, India, Taiwan, Filipina, Vietnam, Amerika Syarikat dan Jerman. Pengerusi MAVCOM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia