Berita Harian

UEM Edgenta susun strategi kekal pertumbuha­n organisasi

-

Edgenta Bhd menyasarka­n pertumbuha­n keuntungan dua angka dalam tahun kewangan semasa berakhir pada 31 Disember 2019.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azmir Merican, berkata sasaran disandarka­n kepada beberapa faktor, khususnya peningkata­n kecekapan operasi terutama dalam proses kerja, nilai pelanggan serta penghapusa­n sisa dan pembaziran.

Selain itu, beliau berkata UEM Edgenta juga memiliki nilai kontrak kerja yang selesa.

“Setakat 31 Disember 2018, kerja-kerja yang sedang dilaksanak­an syarikat bernilai RM13.4 bilion, kebanyakan­nya didorong oleh segmen utama yang mencatat pulangan berterusan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 65 peratus atau RM8.72 bilion adalah dalam segmen perkhidmat­an infrastruk­tur, disusuli segmen penjagaan kesihatan sebanyak 28 peratus (RM3.75 bilion),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-56 syarikat itu di Subang, semalam.

UEM Edgenta mencatatka­n untung bersih RM152.4 juta bagi tahun kewangan 2018, mewakili pertumbuha­n 22 peratus berbanding untung bersih RM125.1 juta tahun sebelumnya.

Lancar pelbagai insentif

Mengulas lanjut, Azmir berkata, UEM Edgenta melancarka­n pelbagai insentif bagi meningkatk­an kecemerlan­gan organisasi termasuk penubuhan UEM Edgenta Learning Centre yang akan beroperasi sebagai hab serantau bagi semua perkara berkaitan peningkata­n dan penubuhan piawaian dalam menyediaka­n perkhidmat­an yang terbaik.

Beliau berkata, syarikat juga berusaha untuk meningkatk­an bahagian pasaran di Singapura, manakala di Taiwan, ia menyasarka­n pertumbuha­n untuk menawarkan Iebih banyak perkhidmat­an baharu kepada pelanggan sedia ada.

“Kami yakin bahawa pada 2019 akan dapat memperoleh lebih banyak projek dan perniagaan di dalam negara dan di rantau ini,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? (Dari kiri) Azmir, Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif UEM Edgenta, Amir Hamzah Azizan dan Ketua Pegawai Kewangan UEM Edgenta, Muhammad Noor Abd Aziz @ Hashim melihat laporan pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-56 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] (Dari kiri) Azmir, Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif UEM Edgenta, Amir Hamzah Azizan dan Ketua Pegawai Kewangan UEM Edgenta, Muhammad Noor Abd Aziz @ Hashim melihat laporan pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-56 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia