Berita Harian

Sedia menjadi pendengar, tawar bimbingan

-

Kuala Lumpur: Kaedah pedagogi yang berkesan amat penting dalam sesi pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) bagi menarik minat pelajar universiti untuk menguasai bidang masing-masing.

Pensyarah Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Fareez Vincent Amos@mohd Fadly, berkata perancanga­n berkaitan aktiviti mengajar perlu dititikber­atkan supaya pelajar bersemanga­t dan berminat apabila berada di dalam bilik kuliah.

Beliau berkata, aspek teori dan praktikal disulami dengan teknologi perlu diseragamk­an bagi tujuan pendedahan yang mendalam terhadap pengetahua­n pelajar.

“Selain daripada itu, pelaksanaa­n program yang berkesan juga perlu dilaksanak­an antaranya pendedahan pelajar dalam industri.

“Kemahiran Pedagogi yang ada dalam diri seseorang pensyarah muda itu mampu melahirkan generasi yang produktif selain mampu berkolabor­atif dan komunikasi seterusnya memenuhi kehendak industri,” katanya.

Impak positif

Bergelar pensyarah pada usia 25 tahun dengan mengajar subjek teori, beliau memulakan karier sebagai pensyarah separuh masa.

“Antara cabarannya, saya perlu banyak membaca, membuat kajian lapangan dan juga membabitka­n diri secara langsung dalam industri.

“Sebagai seorang pensyarah muda, banyak perkara dipelajari dan menerima secara positif nasihat daripada pakar industri serta ahli akademik dalam kalangan profesor.

“Pemantapan diri dalam ilmu pengetahua­n mengenai bidang yang diajar itu adalah sangat penting supaya kualiti pengajaran dan pembelajar­an itu tidak tersasar,” katanya yang dikenali sebagai ‘Sir’ Fareez.

Mengambil inisiatif untuk menjadi pendengar yang baik akan setiap idea yang dikongsika­n pelajarnya, menjadikan Pensyarah kanan Program Sarjana Muda Sains Biologi Marin di Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Maizah Mohd Abdullah, 35, disenangi ramai.

“Bagi saya, pelajar adalah golongan muda yang mempunyai banyak tenaga dan idea. Tenaga dan idea mereka ini perlu dicurahkan melalui medium yang tepat.

“Di sinilah, saya perlu memainkan peranan sebagai pensyarah dan juga Penasihat Kelab Marina UMT untuk memahami mereka dan membantu dalam merencana aktiviti supaya dapat memberi impak yang positif kepada golongan ini,” katanya.

 ??  ?? Konsep mendengar, menilai idea dan pendapat pelajar adalah inisiatif Dr Maizah (dua dari kiri) bagi menggalakk­an mereka untuk terus berfikiran kreatif seterusnya melahirkan generasi yang berinovasi.
Konsep mendengar, menilai idea dan pendapat pelajar adalah inisiatif Dr Maizah (dua dari kiri) bagi menggalakk­an mereka untuk terus berfikiran kreatif seterusnya melahirkan generasi yang berinovasi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia