Berita Harian

Amal konsep pintu terbuka jaga kebajikan penuntut

-

Bergelar pensyarah pada usia 26 tahun, Mohd Nur Ruzainy atau lebih mesra dengan panggilan Dr Ruzainy, mengamalka­n konsep pintu terbuka dengan mengalu-alukan pelajar datang untuk berjumpany­a jika ada sebarang masalah dan memerlukan bantuan.

“Saya sedar amanah sebagai Timbalan Dekan HEP yang memerlukan saya mengambil berat dan menjaga kebajikan pelajar.

“Profesion pensyarah bagi saya bukan sahaja mendidik malah juga boleh dikatakan mengambil tugas sebagai pengganti ibu dan bapa mereka sepanjang pengajian di universiti.

“Selain itu, saya berpendapa­t bahawa aktiviti pelajar juga adalah tempat atau peluang untuk saya mendekati pelajar yang bukan terhad di bilik kuliah sahaja,” katanya.

Mengakui melalui perjalanan sukar pada awal permulaan pembabitan­nya dalam kerjaya itu, pemegang Doktor Falsafah dari University of Manchester, United Kingdom (Pengurusan dan Perniagaan) itu tidak mahu dibayangi konsep perbanding­an antara pensyarah berpengala­man dengan dirinya.

“Oleh itu, saya sentiasa mengambil peluang dan inisiatif diri sendiri untuk memperoleh ilmu daripada mereka yang berpengala­man selain gemar menyertai kursus berkaitan untuk kebaikan pembanguna­n diri.

“Saya amat bersyukur dan bertuah kerana mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak pengurusan selain rakan sekerja.

“Bagi saya UNITEN mempunyai suasana persekitar­an kerja yang positif dan menyediaka­n banyak peluang dan ruang kepada pensyarah terutama pensyarah muda untuk pembanguna­n diri mereka,” katanya.

Beliau berkata, pensyarah muda juga mempunyai kelebihan mungkin daripada aspek lebih memahami keperluan golongan pelajar sekarang memandangk­an jarak umur yang tidak banyak beza.

 ??  ?? Dr Ruzainy (dua dari kanan) mengamalka­n konsep pintu terbuka dengan mengalu-alukan pelajar datang untuk berjumpany­a jika ada sebarang masalah dan memerlukan bantuan.
Dr Ruzainy (dua dari kanan) mengamalka­n konsep pintu terbuka dengan mengalu-alukan pelajar datang untuk berjumpany­a jika ada sebarang masalah dan memerlukan bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia