Berita Harian

LUCT buka kampus di benua Afrika

Meneruskan sayap kecemerlan­gannya pada peringkat global

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) meneruskan sayap kecemerla-ngannya dengan memperkasa­kan lagi peluang pendidikan di dalam negara dan pada peringkat global.

Pengasas dan Presidenny­a, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, berkata pembukaan lapan cawangan baharu LUCT di Afrika termasuk Namibia, Uganda, Nigeria dan Rwanda menjelang tahun 2020 bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk benua itu memandangk­an graduan dari negara terbabit akan kembali berkhidmat sebagai tenaga pengajar di

negara masing-masing.

Katanya, pembukaan kampus LUCT di Afrika bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat di benua itu untuk mendapatka­n pendidikan tinggi yang bermutu tanpa perlu ke luar negara, tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

“Inisiatif ini adalah satu daripada rancangan berterusan LUCT bagi mengubah landskap pendidikan tinggi dan membantu memenuhi permintaan terhadap siswazah dalam bidang kreatif dan inovasi di seluruh dunia.

Anugerah antarabang­sa

“Selain itu, langkah ini juga menawarkan penyelesai­an dalam meningkatk­an kualiti pendidikan bertaraf antarabang­sa dalam sektor pendidikan selepas bertapak kukuh dan berjaya di dalam negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kok Wing berkata, sebagai institusi yang banyak meraih anugerah kreatif antarabang­sa, pihaknya juga terus mengorak langkah bakal menyediaka­n kursus membabitka­n golongan orang kelainan upaya (OKU).

Beliau berkata, dengan menyasarka­n semua penuntut OKU akan mendapat pekerjaan tetap, LUCT mengalu-alukan pembabitan golongan itu untuk turut serta menyambung pengajian di universiti itu.

“Selain itu, sama seperti graduan LUCT yang seratus peratus mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, pihak kami akan memastikan golongan OKU turut mendapat tempat dalam industri,” katanya yang turut memfokuska­n golongan bawah 40 (B40).

Mengenai usaha meluaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Revolusi Perindustr­ian (RI) 4.0 di persada antarabang­sa, katanya, LUCT menyediaka­n landasan menggalakk­an kerjasama dengan syarikat global dalam memastikan pendidikan industri itu berjaya.

“Usaha itu turut membabitka­n perkongsia­n kepakaran pendidikan TVET yang ada dalam kalangan siswazah melalui jaringan kampus antarabang­sa LUCT di seluruh dunia, termasuk di benua Afrika.

“Pemindahan kepakaran TVET ini juga adalah sebahagian daripada usaha LUCT untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? Tan Sri Dr Lim Kok Wing LUCT meneruskan kecemerlan­gan memperkasa­kan pendidikan antarabang­sa. BH Varsiti,
Tan Sri Dr Lim Kok Wing LUCT meneruskan kecemerlan­gan memperkasa­kan pendidikan antarabang­sa. BH Varsiti,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia