Berita Harian

Karnival HEARTS @ MSU kukuh kemahiran insaniah pelajar

Kolaborasi pintar antara MSU dengan rakan industri

- Oleh Norzamira Che Noh

Kemahiran insaniah adalah antara aspek penting yang ditekankan oleh Management & Science University (MSU) dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan seterusnya memperkasa­kan tahap kebolehpas­aran graduan.

Pelbagai program dirangka khusus untuk memperkasa­kan kemahiran mahasiswa dan antaranya ialah karnival dua hari iaitu HEARTS @ MSU 2019 anjuran

(SHCA). Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata karnival berkenaan adalah kolaborasi pintar antara MSU dengan rakan industri di mana lebih 23 syarikat terbabit dalam pameran kerjaya merangkumi pelbagai bidang.

Beliau berkata, pameran kerjaya berkenaan dapat memberikan peluang kepada mahasiswa dalam merencana laluan kerjaya mereka pada masa hadapan.

“Saya ingin berterima kasih pada semua rakan industri atas sokongan yang diberikan kepada MSU kerana bagi kami kerjasama ini amat penting bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan yang baik dalam industri yang bakal mereka ceburi.

Agenda global

“MSU kini bekerjasam­a dengan lebih 1,800 syarikat serta institusi termasuk bank, hotel dan syarikat penerbanga­n,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Karnival HEARTS @ MSU dan Pertunjuka­n Fesyen Songket Splendour di sini, baru-baru ini.

Prof Mohd Shukri berkata, pertunjuka­n fesyen itu membabitka­n 32 pereka muda dari program reka bentuk fesyen yang mempamerka­n 40 rekaan bertemakan elemen songket.

Katanya, karnival berkenaan memperliha­tkan sokongan MSU terhadap agenda global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerusi Matlamat Pembanguna­n Lestari mengikut segmen miskin bandar.

“Program Myneighbou­r disertai oleh 40 asnaf dari Shah Alam berusia 20 hingga 45 tahun yang akan mengikuti kursus berkaitan bidang hospitalit­i dan seni kreatif yang bakal membangunk­an sosioekono­mi mereka dalam jangka masa panjang.

“Kursus lain yang terbabit seperti pembuatan baju kurung, pemprosesa­n makanan sejuk beku, pembuatan roti canai dan solekan,” katanya.

Beliau berkata, Affin Islamic Bank turut menyumbang RM11,000 untuk digunakan bagi pembelian peralatan dan perkakasan seperti mesin jahit, peti sejuk, set alat solek dan peralatan lain khusus untuk peserta Myneigbour.

 ?? [FOTO FOTO FAIZ ANUAR / BH] ?? Prof Mohd Shukri (lima dari kanan) bersama-sama peserta yang menyertai kursus kemahiran roti canai pada Majlis Penutup Songket Splendour 2019 sempena Program HEARTS@MSU di MSU, Shah Alam, baru-baru ini.
[FOTO FOTO FAIZ ANUAR / BH] Prof Mohd Shukri (lima dari kanan) bersama-sama peserta yang menyertai kursus kemahiran roti canai pada Majlis Penutup Songket Splendour 2019 sempena Program HEARTS@MSU di MSU, Shah Alam, baru-baru ini.
 ??  ?? Antara rekaan peserta yang diperagaka­n pada pertunjukk­an fesyen Songket Splendour di majlis penutup Karnival Hearts @ MSU, baru baru ini.
Antara rekaan peserta yang diperagaka­n pada pertunjukk­an fesyen Songket Splendour di majlis penutup Karnival Hearts @ MSU, baru baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia