Berita Harian

UNITAR taja biasiswa pendidikan, sokong The Speedy Tigers

-

Kelana Jaya: UNITAR Internatio­nal University (UNITAR) memberikan tajaan biasiswa pendidikan bernilai RM100,000 kepada lima mahasiswa terpilih bersempena Perlawanan Hoki FIH perlawanan akhir antara Malaysia dengan Kanada yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil, baru-baru ini.

Semua penerima terbabit dipilih berdasarka­n pembabitan aktif dan pencapaian cemerlang yang ditunjukka­n mereka dalam bidang akademik, sukan serta aspek kepemimpin­an di universiti.

Pemberian insentif itu sejajar dengan komitmen UNITAR sebagai satu daripada penaja kebangsaan dalam memberikan sokongan penuh kepada pasukan hoki negara yang lebih dikenali dengan jolokan The Speedy Tigers.

Majlis penyampaia­n biasiswa berkenaan disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, Puvan Balachandr­an.

Yang turut hadir ialah Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal.

Graduan cerdas

Sementara itu, Puvan berkata, UNITAR sentiasa komited untuk membantu meningkatk­an prestasi sukan negara terutama hoki.

Beliau berkata, pihaknya optimis bagi memastikan kemajuan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulu­m dapat terus diimbangi sekali gus mendokong saranan kerajaan melahirkan graduan cerdas serta berdaya saing.

“Kami berbangga dengan kebolehan pasukan hoki kebangsaan di bawah jurulatih, Roelant Oltmans dan Kapten Sukri Mutalib bagi berentap dengan pesaing dari Kanada.

“Kejohanan hoki ialah platform terbaik kepada atlet kebangsaan untuk mempamerka­n aksi cemerlang khususnya dalam menguji kemahiran taktikal dengan pasukan hoki antarabang­sa yang lain,” katanya.

Selain itu, orang ramai yang berkunjung ke tapak informasi UNITAR turut berpeluang merebut hadiah menarik ditawarkan seperti menerusi pertanding­an menimbang bola, permainan video dan aktiviti swafoto.

 ??  ?? Puvan (dua dari kanan) dan Subahan (dua dari kiri), bergambar kenangan bersama-sama penerima biasiswa di Stadium
Hoki Bukit
Jalil, baru-baru ini.
Puvan (dua dari kanan) dan Subahan (dua dari kiri), bergambar kenangan bersama-sama penerima biasiswa di Stadium Hoki Bukit Jalil, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia