Berita Harian

Khidmat komuniti bersama-sama masyarakat Kanaq

-

Kota Tinggi: Seramai 61 mahasiswa program Kokurikulu­m Sukan dan Kecergasan serta Sembelihan Islam di bawah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulu­m (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berganding bahu melaksanak­an program khidmat komuniti Swadaya Desa bersamasam­a masyarakat Orang Asli Kaum Kanaq, baru-baru ini.

Program yang dijalankan di perkampung­an Orang Asli Sungai Selangi, Mawai, di sini, membabitka­n suku kaum Kanaq iaitu suku kaum Orang Asli paling kecil bilangan pendudukny­a di dunia berbanding dengan suku kaum Orang Asli lain.

Perkampung­an itu terdiri daripada 26 keluarga dengan hanya 92 Orang Asli yang masih menetap di kawasan berkenaan.

Berpegang kepada aspirasi Universiti untuk Masyarakat, kedua-dua kumpulan pelajar terbabit mengadakan aktiviti gotong-royong membersihk­an kawasan perkampung­an, sekali gus mewujudkan persekitar­an yang bersih dan sihat.

Bagi mengeratka­n hubungan dengan penduduk kampung, kumpulan pelajar subjek Sukan dan Kecergasan mengadakan aktiviti sukan rakyat serta sesi perkongsia­n berkaitan pemakanan sihat dan kebersihan dengan menyantuni setiap rumah di perkampung­an berkenaan.

Diancam kepupusan

Kumpulan pelajar dari kursus Sembelihan dalam Islam pula menjalanka­n aktiviti sembelihan dan bergotong-royong bagi menyediaka­n juadah makan tengah hari dengan penduduk kampung.

Majlis perasmian penutupan program itu disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain, selain dihadiri penghulu Kampung Sungai Selangi, wakil dari PPUK UTHM dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor.

Sementara itu, Rasman berkata, suku kaum Kanaq ialah orang Asli yang berasal dari Teluk Sekanak, Pulau Singkep, Riau dan kemudianny­a berhijrah ke Kota Tinggi ketika pertengaha­n abad ke-18 disebabkan berlakunya ancaman daripada Belanda.

“Bilangan penduduk yang tinggal kurang daripada 100 orang dan mereka kini diancam kepupusan. Oleh itu, saya mengalu-alukan jika ada penyelidik dari UTHM yang sudi untuk mengkaji dan mempertaha­nkan kelestaria­n kaum ini,” katanya.

Program berkenaan diakhiri dengan majlis penyampaia­n sumbangan fidyah daripada Baitulmal Kota Tinggi kepada 26 keluarga Orang Asli terbabit.

 ??  ?? Peserta terbabit bergambar kenangan bersama-sama anak Orang Asli Suku Kaum Kanaq.
Peserta terbabit bergambar kenangan bersama-sama anak Orang Asli Suku Kaum Kanaq.
 ??  ?? Pensyarah UTHM, Mohama menyampaik­an sijil penghargaa Orang Asli Sungai Selangi, Mawa
Pensyarah UTHM, Mohama menyampaik­an sijil penghargaa Orang Asli Sungai Selangi, Mawa
 ??  ?? Peserta turut me sambil menerangka­n
Peserta turut me sambil menerangka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia